Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

Undi Pos Luar Negara

Heading

Heading

Terdapat tiga (3) kategori undi pos:
  • i. Kategori 1A: Anggota polis dan tentera yang tidak dapat hadir undi awal kerana bertugas, petugas media yang menjalankan urusan liputan penjalanan pilihan raya, Ahli/pegawai SPR dan petugas pilihan raya. Kategori ini perlu memohon undi pos secara manual menggunakan Borang 1A.
  • ii. Kategori 1B: Warganegara Malaysia yang bermastautin di luar negara dan telah layak mengundi. Kategori ini perlu memohon undi pos secara atas talian (online) melalui portal berikut: https://myspr.spr.gov.my/login
  • iii. Kategori 1C: Anggota 9 Agensi Kerajaan dalam sektor kesihatan dan keselamatan. Kategori ini perlu memohon undi pos secara atas talian (online) melalui portal berikut: https://myspr.spr.gov.my/login
  • iv. Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara: Pegawai Kersajaan dan pasangan serta pelajar di institusi pengajian tinggi dan pasangan yang bermastautin di luar negara dan telah didaftarkan sebagai PTH luar negara. Kategori ini tidak perlu memohon undi pos kerana telah didaftarkan sebagai pengundi pos secara automatik.
Semua warganegara Malaysia yang telah layak mengundi dan bermaustatin di luar negara layak memohon undi pos di bawah Kategori 1B (Luar Negara). Walau bagaimanapun, bagi pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi dan penjawat awam yang bermastautin di luar negara dan telah didaftarkan sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH), mereka tidak perlu memohon kerana telah didaftarkan sebagai pengundi pos secara automatik.
Kemudahan undi pos telah diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang bermastautin di luar negara, termasuk di Kalimantan Indonesia, Wilayah Selatan Thailand, Brunei dan Singapura.
Syarat-syarat untuk pengundi yang tinggal di luar negara untuk mengundi secara pos adalah seperti berikut: 
  • i.  Merupakan warganegara Malaysia yang telah layak mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya yang dipertandingkan; dan
  • ii. Bermaustatin di Luar Negara .
  • Syarat-syarat kelayakan pengundi pos Kategori 1B (Luar Negara) seperti yang dilaksanakan sebelum ini telah dimansuhkan:
  • Bermastautin di luar negara kecuali di Wilayah Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; dan
  • Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh lima (5) tahun sebelum tarikh pembubaran Dewan Rakyat/Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa.

Pengundi yang tinggal di luar negara hendaklah memohon undi pos secara online. Kaedah permohonan adalah seperti berikut:

  1. Mendaftar akaun portal MySPR di https://myspr.spr.gov.my/login.
  2. Memohon undi pos melalui portal MySPR.
Hanya pengundi dalam Kategori 1A sahaja yang perlu memohon undi pos secara manual. Semua permohonan undi pos bagi Kategori 1B (Luar Negara) dan Kategori 1C (9 Agensi Kerajaan) dilaksanakan secara atas talian (online) di portal berikut: https://myspr.spr.gov.my/login. Permohonan secara manual bagi Kategori 1B dan 1C tidak akan diproses. PTH Luar Negara tidak perlu memohon undi pos kerana telah didaftarkan sebagai pengundi pos secara automatik.
Pengundi di luar negara boleh mula memohon undi pos apabila tempoh permohonan undi pos bagi satu-satu pilihan raya telah dibuka.

Tarikh buka dan tutup permohonan undi pos bagi pilihan raya yang sedang berlangsung akan sentiasa dikemaskini di laman web SPR di pautan berikut: www.spr.gov.my.

Ya. Garis panduan untuk memohon undi pos luar negara boleh dimuat turun di portal berikut: https://myspr.spr.gov.my/login atau di laman web SPR di pautan berikut: www.spr.gov.my
Tidak.Bagi Kategori 1A, permohonan undi pos perlu dikemukakan kepada Pegawai Pengurus dimana pengundi akan mengundi sebelum tarikh tutup permohonan.Bagi Kategori 1B dan 1C, sistem permohonan undi pos akan ditutup pada jam 11.59 malam pada tarikh tutup permohonan undi pos dan pengundi tidak akan dapat memohon selepas tarikh tutup tersebut.

Antara sebab-sebab permohonan untuk mengundi secara pos ditolak adalah seperti yang berikut:

  1. Alamat surat-menyurat tidak lengkap;
  2. Salah pilih kategori undi pos; 
  3. Bahagian perakuan tidak lengkap diisi (Kategori 1A dan 1C); dan
  4. Tidak memuatnaik semula Borang 1C yang telah diperaku oleh Ketua Jabatan/Majikan ke dalam portal MySPR (Kategori 1C)
Ya. Anda akan dimaklumkan sebab-sebab permohonan anda untuk mengundi secara pos ditolak melalui emel,telefon atau faks.
Ya. Anda layak untuk memohon untuk mengundi secara pos di bawah Kategori 1B (Luar Negara).
Tidak. Pengundi yang layak memohon Kategori 1B (Luar Negara) adalah terdiri daripada mereka yang bermastautin (mempunyai alamat tetap) di luar negara. Ini bagi mengelakkan kertas undi pos gagal dihantar kepada pengundi.
Bagi memastikan kertas undi diterima oleh Pegawai Pengurus sebelum jam 5.00 petang pada hari mengundi, anda perlu menanda kertas undi tersebut dan menghantarnya kembali dengan kadar segera ke alamat yang tertera pada Sampul Keutamaan B.
Bagi pengundi dalam negara (Kategori 1A dan 1C), penghantaran semula kertas undi yang telah ditanda boleh dilakukan dengan menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia (setem tidak diperlukan) atau dikemukakan kepada Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya dimana pengundi akan mengundi secara serahan tangan.

Bagi pengundi di luar negara (Kategori 1B dan PTH Luar Negara), penghantaran semula kertas undi yang telah ditanda boleh dilakukan dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan kurier sedia ada di negara anda bermastautin. Walau bagaimanapun, kos penghantaran adalah di atas tanggungan pengundi sendiri.

Alamat penghantaran mestilah alamat yang lengkap bagi mengelakkan kertas undi tidak dapat dihantar kepada pengundi.
Tarikh akhir kertas undi pos perlu diterima oleh Pegawai Pengurus di Bahagian Pilihan Raya anda mengundi sebelum jam 5.00 petang pada hari mengundi.