
AKADEMI PILIHAN RAYA (APR) SEPINTAS LALU
Akademi Pilihan Raya (APR) telah dilancarkan pada 8 Januari 2007 dan diletak di bawah Bahagian Operasi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dua objektif utamanya adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai dan staf SPR serta petugas-petugas pilihan raya dan parti-parti politik selain meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya
STRUKTUR ORGANISASI AKADEMI PILIHAN RAYA
LOKASI
Akademi Pilihan Raya terletak di alamat berikut :
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Aras 6, No. 2, Jalan P2T, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA.
KURSUS/TAKLIMAT
Program Pembangunan Sumber Manusia/Latihan Personel | Program Pendidikan Pengundi | Program Kesedaran | Latihan/Taklimat Kepada Jabatan-jabatan yang melaksanakan pilihan raya
PROGRAM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA/PERSONEL
- Kursus/Taklimat Kepada Pegawai Dan Kakitangan Ibu Pejabat SPR Dan Pejabat Pilihan Raya Negeri
- Kursus/Taklimat Kepada Petugas-Petugas Pilihan Raya yang terdiri daripada mereka yang berikut :
- Pegawai Pengurus (PP);
-
- Penolong Pegawai Pengurus (PPP);
- Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR).
- Pembantu Pilihan Raya (PPR);
- Ketua Tempat Mengundi/Mengira Undi (KTM);
- Kerani Pengundian/Mengira Undi (KP/MU)
- Kerani Pengeluaran, Pembukaan dan Pengiraan Undi Pos (KUP)
- Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP); dan
- Pemandu Arah Pusat Mengundi (PAPM).
PROGRAM PENDIDIKAN PENGUNDI
- Kursus/Taklimat Kepada Petugas-Petugas Parti Politik
- Peranan Calon/Ejen Pilihan Raya (EPR) Dalam Urusan Pilihan Raya
- Peranan Ejen Tempat Mengundi (ETM) Dalam Proses Pengundian
- Peranan Ejen Mengira Undi (EMU) Dalam Proses Pengiraan Undi
-
- Tugas dan Tanggungjawab Wakil Parti Politik/Calon Dalam Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR)
- Peranan Penolong Pendaftar Parti Politik Dalam Urusan Pendaftaran Dan Penyemakan Daftar Pemilih
- Warganegara berumur 21 tahun ke atas dan pemilih-pemilih berdaftar
PROGRAM KESEDARAN
- Kursus/Taklimat Kepada Pelajar Mengenai Sistem Pilihan Raya Di Malaysia
- Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Kolej/Matrikulasi/Maktab Perguruan
- Sekolah Menengah
-
- Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
- Taklimat Kepada Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Mengenai Urusan pilihan Raya
- Taklimat Kepada Agensi-Agensi Kerajaan dan Swasta Mengenai Urusan Pilihan Raya
- Taklimat Kepada Delegasi Luar Negara Mengenai Urusan Pilihan Raya di Malaysia
- Taklimat Kepada Media Mengenai Urusan Pilihan Raya
CARA MEMOHON
- Pihak-pihak yang berminat untuk mengikuti kursus/taklimat yang dianjurkan oleh Akademi Pilihan Raya mengenai sistem Pilihan Raya di Malaysia boleh menghubungi Urus Setia.
- Senarai kursus/taklimat yang ditawarkan mengikut kategori kumpulan tertentu seperti berikut:-
-
- Petugas-Petugas Pilihan Raya
- Petugas-Petugas Parti-Parti Politik
- Pelajar-Pelajar IPTA/IPTS
- Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah
- Pelatih-Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
- Jabatan-Jabatan Kerajaan
- Agensi-Agensi Swasta
- Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO)
- Media
- Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
- Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
- Delegasi Luar Negara
- Pegawai Dan Kakitangan Ibu Pejabat SPR
- Pegawai dan Kakitangan PPN
PERMOHONAN BOLEH DI BUAT MELALUI CARA-CARA BERIKUT :
- Menghantar permohonan secara bersurat yang dialamatkan ke Akademi Pilihan Raya. Surat permohonan tersebut boleh emel ke akademipilihanraya@spr.gov.my atau melalui faks ke 03-8892 7001.