Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

Dasar Privasi Aplikasi

Heading

Heading

Privasi

Aplikasi MySPR Semak dan MySPR KTM Mobile adalah dua aplikasi yang dibangunkan sebagai, satu platform semakan berpusat iaitu pengguna boleh menyemak maklumat berkaitan status daftar pemilih, membuat semakan calon-calon yang bertanding bagi sesebuah pilihan raya dan juga membuat semakan keputusan bagi setiap pilihan raya yang sedang atau pernah dipertandingkan pada tahun-tahun sebelumnya, manakala Aplikasi MySPR KTM Mobile pula adalah platform dimana SPR akan membuat pengumpulan data bagi merekod dan menganggar jumlah kehadiran pengundi hadir bagi sesebuah pilihan raya. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store, Huawei App Gallery, dan Apple App Store. Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

 

Maklumat Peribadi

Aplikasi ini tidak akan merekodkan data peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat yang diberikan oleh pengguna digunakan untuk tujuan mentaksir kebolehan calon. Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan lain kecuali dinyatakan secara khusus.

 

Maklumat Yang Dikumpul

  1. Aplikasi MySPR Semak tidak mengumpul atau meyimpan sebarang data peribadi pengguna.

 

  1. Aplikasi MySPR KTM Mobile ini mengumpulkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran aplikasi untuk capaian ke portal MySPR. Data peribadi yang dikumpul adalah seperti berikut:
    1. Nama Pengguna
    2. Nombor Kad Pengenalan
    3. Nombor Telefon
    4. Alamat
    5. Jantina
    6. Agama
    7. Kaum
    8. Negeri Kelahiran
    9. Tarikh Lahir
    10. Warganeraga
    11. Emel

 

  1. Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas.
  2. Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat di luar Malaysia untuk tujuan komersil.

 

Kesan Jika Data Peribadi Tidak Dibenarkan

Sekiranya data peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh aplikasi mungkin ditolak atau terjejas.

 

Kerahsiaan

Data peribadi yang dikumpul oleh aplikasi akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

 

Keselamatan Data

Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.

 

Perubahan Kepada Dasar Privasi

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini. Untuk pertanyaan lain, sila e-mel kepada webmaster@spr.gov.my

.