Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

Penjalanan Pilihan Raya

Heading

Heading

Warganegara Malaysia yang layak yang telah berdaftar sebagai pemilih dan namanya terdapat dalam Daftar Pemilih yang digunakan dalam pilihan raya.
Jumlah deposit adalah seperti berikut:
  • RM 10,000 untuk deposit calon Parlimen
  • RM 5,000 untuk deposit bahan kempen Parlimen
  • RM 5,000 untuk deposit calon DUN
  • RM 3,000 untuk deposit bahan kempen DUN
Ya, calon yang ingin bertanding bagi DUN dan Parlimen perlu membayar deposit calon bagi DUN sebanyak RM 5,000 dan deposit calon bagi Parlimen sebanyak RM 10,000.
Kedua-dua deposit pilihan raya dan deposit bahan kempen boleh dibayar di Pusat Penamaan Calon atau di Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Bahagian Pilihan Raya berkenaan. Jumlah deposit berkenaan adalah seperti berikut :
  1. Deposit Pilihan Raya :- Parlimen : RM 10,000
    DUN : RM 5,000
  2. Deposit Bahan Kempen :- Parlimen : RM 5,000
    DUN : RM 3,000
Pusat penamaan calon biasanya ditetapkan di Pejabat-pejabat Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah, Dewan Orang Ramai, bangunan-bangunan sekolah atau tempat-tempat tertentu yang difikirkan sesuai oleh SPR. Penyerahan Kertas Penamaan Calon dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi.
Pemilih yang berdaftar dengan SPR boleh membuat semakan melalui Portal Rasmi SPR di alamat www.spr.gov.my, atau menghubungi Ibu Pejabat SPR di Putrajaya (03-8892 7018) atau Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri atau melalui portal MySPR Semak di pautan berikut: https://mysprsemak.spr.gov.my/
Pusat Mengundi (sama ada bangunan sekolah, dewan, balai raya, khemah atau sebagainya) mempunyai beberapa Tempat Mengundi (saluran) untuk menampung jumlah pengundi berdaftar yang ramai di kawasan tersebut. Setiap Tempat Mengundi (saluran) bagi pengundi biasa, SPR menetapkan tidak lebih daripada 750 nama pengundi. Dengan cara ini, masalah kesesakan di sesuatu saluran dapat dikawal dan para pengundi tidak perlu menunggu lama untuk membuang undi. Manakala bagi Tempat Mengundi (saluran) yang dikhaskan kepada warga emas dan OKU, jumlah pengundi bagi satu-satu saluran tersebut adalah tidak melebihi 450 orang.
Pada hari pengundian, masa untuk mengundi bagi kebanyakan Tempat Mengundi (saluran) ialah dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang di Semenjung Malaysia dan 7.30 pagi hingga 5.30 petang di Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, terdapat juga saluran yang ditutup lebih awal bergantung kepada keadaan geografi, jumlah pengundi dan faktor-faktor lain.
Dokumen yang diperlukan ialah Kad Pengenalan sama ada My Kad atau Kad Pengenalan lama sama ada KPT atau Kad Pengenalan Plastik Biru. Jika kehilangan Kad Pengenalan, pemilih berdaftar juga boleh mengemukakan Resit JPN.KP 9 atau Resit JPN.KP11 yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Dokumen-dokumen lain yang boleh diterima sebagai bukti pengenalan diri ialah :
  • Pasport Malaysia Terhad
  • Pasport Malaysia
  • Lesen Memandu yang bergambar
  • Kad Rasmi Pengenalan Diri yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang mengandungi nama, nombor Kad Pengenalan dan gambar pemegangnya.
Pada hari pengundian, pemilih yang telah mengetahui nombor saluran tempat mengundi tidak perlu berbaris di barung untuk menyemak nombor salurannya. Beliau hendaklah terus ke saluran yang berkenaan dan menunggu gilirannya untuk mengundi.
  1. Deposit pilihan raya boleh dituntut selepas Keputusan Pilihan Raya diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus jika calon memperolehi lebih daripada 1/8 dari jumlah undi yang diterima oleh calon-calon yang bertanding.
  2. Deposit bahan kempen boleh dituntut selepas semua bahan kempen dibersihkan oleh calon terbabit dan disahkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan.
Pada hari pengundian, SPR menyediakan saluran khas, iaitu Saluran 1 untuk warga emas. Manakala bagi wanita yang mengandung dan pengundi kurang upaya, Ketua Tempat Mengundi diberi kuasa untuk memberi keutamaan kepada mereka untuk masuk ke tempat mengundi supaya mereka tidak perlu menunggu lama di luar.
SPR akan sedaya upaya memastikan dalam pilihan raya serentak yang melibatkan parlimen dan DUN, pusat penamaan calon akan ditetapkan di tempat (bangunan) yang sama. Walau bagaimanapun, jika ia terpaksa dibuat di dua tempat yang berbeza, jika tidak dapat hadir sendiri, Kertas Penamaan boleh diserahkan oleh pencadang atau penyokongnya atau oleh kedua-dua mereka.
Pejabat Pilihan Raya Negeri perlu memproses bayaran mengikut prosedur kewangan yang ditetapkan oleh Perbendaharaan. Kelewatan boleh berlaku bilamana terdapat kesilapan maklumat No. Akaun atau No. Kad Pengenalan atau Nama Petugas.
Tidak boleh, Walau bagaimanapun, dalam kes tertentu yang melibatkan pengundi cacat penglihatan, pengundi perlu ditemani oleh seorang yang dipercayai oleh pengundi untuk membantunya untuk memangkah kertas undi dengan syarat orang itu perlu mengisi Borang 10 terlebih dahulu.
Penggunaan pen dibenarkan tetapi bagi memudahkan pengundi maka disediakan pen di tempat mengundi.
Kertas undi tersebut boleh diterima selagi niat pemilih untuk memilih calon pilihannya adalah jelas ditanda didalam petak yang dikhaskan.
Tidak boleh kecuali mereka yang tertakluk di bawah Peraturan 3(1)(a)-(f), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya ( Pengundian Pos ) 2003.