Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN DISEMBER TAHUN 2023 (DPT BLN12/2023)

Heading

Heading

DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN DISEMBER TAHUN 2023 (DPT BLN12/2023)

  1. DPT BLN12/2023 telah diperaku pada 18 Januari 2024 dan diwartakan pada 19 Januari 2024. DPT BLN12/2023 ini dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 19 Januari 2024 hingga 17 Februari 2024.

  2.  DPT BLN 12/2023 ini mengandungi seperti berikut:

    1. 38,285 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 hingga 31 Disember 2023 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu;
    2. 6,139 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya;
    3. 2,671 orang pemilih bertukar status/kategori pengundi.
       
    4. DPT BLN12/2023 boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:
      1. Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my; atau https://mysprsemak.spr.gov.my;
      2. Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my;
      3. Aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my;
      4.  Aplikasi mudah alih MySPR Semak; atau
      5. Hotline SPR di talian 03-8892 7018.
    1.  Dalam tempoh semakan ini, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 hingga 31 Disember 2023 atau pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status/kategori pengundi dalam tempoh 1 hingga 31 Disember 2023 yang mendapati namanya tiada dalam DPT BLN12/2023 boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C. TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.

    2. Selain itu, mana-mana pemilih yang namanya ada dalam DPT BLN12/2023 mendapati terdapat kesilapan maklumat atau kesilapan kawasan pendaftaran juga boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
    3. TUNTUTAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja. Tiada bayaran fi dikenakan bagi tuntutan.

    1. Dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, hendaklah mengisi Borang D.
       

    2. BANTAHAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau memuat turun Borang D dari portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my
       

    3. Seorang pembantah dibenarkan membantah tidak boleh melebihi 20 nama dengan bayaran fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB).
    4. Pembantah hendaklah hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja untuk mengemukakan Borang D (sekiranya menggunakan borang yang dimuat turun) serta bayaran fi bagi bantahan tersebut termasuklah bagi permohonan yang dibuat secara dalam talian.