Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

Pelaksanaan Umur Kelayakan Pengundi 18 Tahun dan Pendaftaran Pemilih Secara Automatik (PPSA)

Heading

Heading

FAQ Pengundi 18 Tahun dan Pelaksanaan Umur Kelayakan Pengundi 18 Tahun dan Pendaftaran Pemilih Secara Automatik (PPSA).pdf
Ini bermaksud semua warganegara Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas adalah layak untuk didaftarkan sebagai pemilih oleh SPR apabila dikuatkuasakan.
Warganegara Malaysia yang layak serta mempunyai maklumat lengkap berdasarkan rekod di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan didaftarkan sebagai pemilih tanpa perlu lagi memohon kepada SPR.
Pelaksanaan kedua-duanya telah dikuatkuasakan pada 15 Disember 2021.
Selepas SPR memperaku dan mewartakan daftar pemilih tambahan.
Proses pendaftaran pemilih secara automatik ini akan mengambil masa sehingga sebulan setengah dari hari individu berkenaan mencapai umur 18 tahun.
a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur 18 tahun ke atas;
c. Menetap di alamat seperti di kad pengenalan; dan
d. Tidak hilang kelayakan sebagai pemilih mengikut undang-undang
Pemilih baharu yang layak boleh menyemak maklumat pengundian selepas 16 Januari 2022.
Pemilih baharu boleh menyemak maklumat pengundian di:
a. Portal semakan daftar pemilih https://pengundi.spr.gov.my ;
b. Aplikasi MySPR Semak; atau
c. Hotline SPR di talian 03-8892 7018
Pemilih boleh membuat pengemaskinian alamat tersebut dengan pihak JPN. Seterusnya, pemilih hendaklah memohon pertukaran bahagian pilihan raya dengan SPR di mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) yang berkenaan, Pejabat Pos atau melalui MySPR Daftar di https://mysprdaftar.spr.gov.my.
Tidak. SPR hanya akan mendaftarkan warganegara Malaysia yang telah disahkan taraf kewarganegaraannya oleh JPN sebagai pemilih secara automatik.
Tidak. SPR tidak dapat menentukan bahagian pilihan raya yang tepat bagi warganegara tersebut.
Individu berkenaan boleh membuat tuntutan kepada SPR dengan mengisi Borang C dan mengemukakan borang tersebut di Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) yang berkenaan pada hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau secara dalam talian di Portal SPR.
Individu berkenaan boleh membuat tuntutan kepada SPR dengan mengisi Borang C dan mengemukakan borang tersebut di Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) yang berkenaan pada hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau secara dalam talian di Portal SPR.
Pemilih yang telah berdaftar dalam sesuatu bahagian pilihan raya boleh membuat bantahan kepada SPR dengan mengisi Borang D dan mengemukakan borang tersebut di Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) yang berkenaan pada hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Fi sebanyak RM10 akan dikenakan bagi setiap nama yang dibantah.
Fi sebanyak RM5 akan dikenakan bagi setiap rayuan.
Peratusan keluar mengundi adalah bergantung kepada bilangan pemilih berdaftar yang keluar mengundi.
Tidak. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas tidak layak untuk mengundi pada PRU DUN Sarawak Ke-12 memandangkan DUN Sarawak dibubarkan sebelum penguatkuasaannya. SPR menggunakan daftar pemilih terkini sehingga DPT ST2/2021 yang diwartakan pada 26 Ogos 2021.
Ya. Bagi PRU Ke-15, setelah pendaftaran pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dikuatkuasakan dan tertakluk kepada Daftar Pemilih Tambahan (DPT) terkini yang telah diperakukan.