Pilihan Raya Kecil P. 44 Permatang Pauh diadakan berikutan perletakan jawatan oleh penyandangnya iaitu Y.Bhg Datuk Seri Wan Azizah binti Wan Ismail pada 1 Ogos 2008. Berikutan daripada perletakan jawatan tersebut, SPR telah mengadakan mesyuarat khasnya pada 6 Ogos 2008 dan membuat keputusan seperti berikut :-
Tarikh kekosongan disahkan : 1 Ogos 2008
Tarikh Pengeluaran Writ : 7 Ogos 2008
Tarikh Pengeluaran Notis : 8 Ogos 2008
Tarikh Penamaan Calon : 16 Ogos 2008
Tarikh Pilihan Raya : 26 Ogos 2008
Penyata Pengundian Selepas Penjumlahan Rasmi Undi (Borang 16)