Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

PILIHAN RAYA KECIL P.076 TELOK INTAN

Heading

Heading

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Di-Pertua Dewan Rakyat pada 5 Mei 2014 (Isnin) berhubung dengan kekosongan kerusi bahagian Pilihan Raya Parlimen P.076 Teluk Intan, Perak berikutan kematian Ahli Parlimen Teluk Intan,YB. Tuan Seah Leong Peng pada 1 Mei 2014.

Berikutan dengan itu, SPR telah mengadakan Mesyuarat Khas mengenainya pada hari ini, bersamaan 8 Mei 2014 dan menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan iaitu pada 2 Mei 2014 dan berakhir pada 1 Julai 2014 bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan.

Bagi menjalankan Pilihan Raya Kecil P.076 Teluk Intan, Perak, SPR telah menetapkan tarikh-tarikh seperti yang berikut:

Tarikh Keluar Writ : 8 Mei 2014 (Khamis)
Tarikh Notis Pilihan Raya : 9 Mei 2014 (Jumaat)
Tarikh Penamaan Calon : 19 Mei 2014 (Isnin)
Tarikh Pengundian Awal : 27 Mei 2014 (Selasa)
Tarikh Pengundian Biasa : 31 Mei 2014 (Sabtu)

Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk Pilihan Raya Kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2013 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang diwartakan pada 30 April 2014 yang telah dikemas kini sehingga 1 Mei 2014. Daftar Pemilih tersebut mengandungi 60,349 pemilih berdaftar yang terdiri dari 59,927 orang pengundi biasa, 410 orang pengundi awal dan 12 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Penyata Pengundian Selepas Penjumlahan Rasmi Undi (Borang 16)