Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

PILIHAN RAYA KECIL P.051 BUKIT GELUGOR

Heading

Heading

Pilihan Raya Kecil P.051 Bukit Gelugor, Pulau Pinang diadakan berikutan kekosongan kerusi bahagian Pilihan Raya Parlimen P.051 Bukit Gelugor, Pulau Pinang berikutan kematian Ahli Parlimen Bukit Gelugor, YB. Tuan Karpal Singh a/l Ram Singh pada 17 April 2014. Berikutan dengan itu, SPR telah mengadakan Mesyuarat Khas mengenainya pada 24 April 2014 dan menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan iaitu pada 18 April 2014 bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan dan SPR telah menetapkan tarikh-tarikh seperti yang berikut:-

Tarikh Pengeluaran Writ : 24 Aril2014 (Khamis)
Tarikh Notis Pilihan Raya : 25 April 2014 (Jumaat)
Tarikh Penamaan Calon : 12 Mei 2014 (Isnin)
Tarikh Pengundian Awal : 21 Mei 2014 (Rabu)
Tarikh Pengundian Biasa : 25 Mei 2014 (Ahad)

Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk Pilihan Raya Kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2012 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar-daftar Pemilih Tambahan Suku Pertama Tahun 2013, Suku Kedua Tahun 2013, Suku Ketiga Tahun 2013 dan Suku Keempat Tahun 2013 yang telah dikemas kini sehingga 17 April 2014.

Daftar Pemilih tersebut mengandungi 82,431 pemilih berdaftar yang terdiri dari 82,255 orang pengundi biasa, 148 orang pengundi awal dan 28 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.
 

 

Penyata Pengundian Selepas Penjumlahan Rasmi Undi (Borang 16)