Pilihan Raya Kecil N.25 Bukit Selambau, Kedah diadakan berikutan perletakan jawatan wakil rakyatnya iaitu Y.B Encik Arumugam a/l Vengararaloo pada 8 Februari 2009. SPR yang mengadakan mesyuarat khasnya pada 13 Februari 2009 telah menetapkan tarikh-tarikh pilihan raya seperti berikut :-
Tarikh Kekosongan : 8 Februari 2009
Tarikh Writ dikeluarkan : 16 Februari 2009
Tarikh Pengeluaran Notis : 17 Februari 2009
Tarikh Penamaan Calon : 29 Mac 2009
Tarikh Pengundian : 7 April 2009
Daftar Pemilih yang digunakan ialah daftar pemilih yang dikemaskini dan diwartakan semula pada 18 Februari 2009 yang mengandungi 35140 orang pemilih, terdiri daripada 35125 pemilih biasa dan 15 pemilih pos.
Penyata Pengundian Selepas Penjumlahan Rasmi Undi (Borang 16)