Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

PERMOHONAN UNDI POS PILIHAN RAYA KECIL (PRK) DEWAN UDANGAN NEGERI (DUN) N.67 JEPAK, SARAWAK

Heading

Heading

 

1. PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1A (DALAM NEGARA)

Permohonan undi pos Kategori 1A (Dalam Negara) adalah untuk pemilih-pemilih dalam kategori berikut:

  1. Ahli / Pegawai SPR;
  2. Petugas Pilihan Raya;
  3. Petugas Media yang membuat liputan berkaitan pilihan raya;
  4. Anggota Tentera yang tidak dapat hadir untuk mengundi pada Hari Mengundi Awal; dan
  5. Anggota Polis yang tidak dapat hadir untuk mengundi pada Hari Mengundi Awal

 

KAEDAH MEMOHON KATEGORI 1A:

Ahli/Pegawai SPR, Petugas Pilihan Raya dan Petugas Media yang membuat liputan berkaitan pilihan raya hendaklah mendaftar akaun MySPR dan memohon undi pos di https://myspr.spr.gov.my/login.

 

- Panduan Permohonan Undi Pos Kategori 1A (online)

Tarikh tutup permohonan Kategori 1A : 18 Oktober 2023 (Rabu)

 

- Panduan Permohonan Undi Pos Kategori 1A (Online)

 

 

2.PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B (LUAR NEGARA) – ONLINE

Permohonan undi pos Kategori 1B (Luar Negara) adalah untuk pemilih-pemilih dengan syarat-syarat seperti berikut:

  1. Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya; dan
  2. Tinggal di luar negara.

 

Syarat-syarat kelayakan pengundi pos Kategori 1B (Luar Negara) seperti yang dilaksanakan sebelum ini telah dimansuhkan:

 

  1. Bermastautin di luar negara kecuali di Wilayah Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; dan
  2. Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh lima (5) tahun sebelum tarikh pembubaran Dewan Negeri yang sedang berkuat kuasa

 

KAEDAH MEMOHON KATEGORI 1B:

Mendaftar akaun MySPR dan memohon undi pos di https://myspr.spr.gov.my/login

 

- Panduan Permohonan Undi Pos Kategori 1B (Bahasa Malaysia)

- Postal Vote Online Application Guide (Category 1B) (English)

- Alamat Penghantaran Semula Undi Pos (Postal Vote Return Addresss)

Tarikh Tutup Permohonan Kategori 1B : 04 Oktober 2023 (Rabu)

 

 

3.PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1C (AGENSI/ORGANISASI) – ONLINE

Permohonan undi pos Kategori 1C (Agensi/Organisasi) adalah untuk pemilih-pemilih dengan syarat-syarat seperti berikut:

  1. Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya;
  2. Merupakan anggota Agensi/Organisasi berikut:
  3. Anggota Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (PVR);
  4. Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia;
  5. Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM);
  6. Anggota Jabatan Penjara Malaysia;
  7. Anggota Jabatan Kesihatan;
  8. Anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM);
  9. Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM);
  10. Anggota Agensi Pengurusan Bencana Malaysia (NADMA);
  11. Anggota Jabatan Pendaftaran Negara – Urban Transformation Centre (UTC); atau
  12. Tenaga Nasional Berhad (TNB).

             c.Tidak dapat hadir mengundi kerana bertugas pada Hari Mengundi.

 

KAEDAH MEMOHON KATEGORI 1C:

Mendaftar akaun MySPR dan memohon undi pos di https://myspr.spr.gov.my/login

- Panduan Permohonan Undi Pos Kategori 1C

Tarikh tutup permohonan Kategori 1C : 09 Oktober 2023 (Isnin)

 

 

INFOGRAFIK DAN MAKLUMAT TAMBAHAN BERKENAAN UNDI POS:

  1. Cara-cara mengundi pos
  2. FAQ undi pos

 

 

PERTANYAAN BERKENAAN UNDI POS:

Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP) / Call Centre SPR

Aras 5, Menara SPR

No.2, Jalan P2T, Presint 2

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62100 PUTRAJAYA

Tel : +603 8892 7080 / +603-8892 7218

Faks : +603 8892 7361 / 7360

Email : upup@spr.gov.MY