Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

Pendaftaran : Pertukaran Alamat dan Maklumat dalam Daftar Pemilih

Heading

Heading

Mereka boleh berurusan dengan semua Pusat Pendaftaran dan Penolong Pendaftar Pemilih yang dibenarkan oleh SPR untuk membuat pendaftaran tukar alamat.
  1. Di Ibu Pejabat Pilihan Raya SPR, Malaysia
  2. Di Pejabat Pilihan Raya Negeri
  3. Sistem Semakan Daftar Pemilih
  4. Aplikasi Mudah Alih MySPR Semak
  5. Unit Outreach SPR
Pindaan butiran maklumat seperti agama dan bangsa boleh dibuat di Pejabat Pilihan Raya Negeri di seluruh negara dengan mengemukakan Kad Pengenalan dan bukti-bukti dokumen lain yang berkaitan.
  1. Pembetulan apa-apa butiran maklumat yang kecil seperti agama dan bangsa diambil tindakan sebaik sahaja permohonan dibuat di Pejabat Pilihan Raya Negeri yang seterusnya akan dihantar ke Ibu Pejabat SPR untuk kelulusan.
  2. Pembetulan nama dan maklumat lain mengikut yang tertera di dalam Kad Pengenalan dibuat oleh Ketua Pendaftar dalam tempoh dua (2) minggu.
  3. Untuk mempastikan butiran maklumat pemilih tepat dan terkini, dinasihatkan supaya pemilih menyemak nama mereka dan jika ada keperluan, pemilih boleh membuat permohonan untuk pembetulan mengikut maklumat di dalam Kad Pengenalan.
Terdapat suami/isteri yang mendaftar menggunakan alamat yang berbeza. Selain itu, jika mereka mendaftar di alamat yang sama kemugkinan ini berpunca dari kesilapan semasa urusan kemasukan data oleh kakitangan SPR disebabkan kerana terdapat tempat-tempat yang mempunyai/menggunakan nama-nama yang serupa di negara ini.
Ini berlaku mungkin berpunca dari kesilapan semasa urusan pendataan di peringkat JPN atau mungkin sewaktu kemasukan data semasa urusan pendaftaran pemilih oleh kakitangan SPR.
Perbezaan butiran nombor Kad Pengenalan kemungkinan wujud berpunca kesilapan pendataan mengikut sistem pendaftaran lama. Di bawah sistem pendaftaran semasa yang diamalkan sekarang, tidak wujud kesilapan tersebut kerana SPR menghubungi secara on-line dengan Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) semasa urusan pendataan.
Tidak Boleh. Seseorang yang memeluk agama Islam perlu menukar nama di dalam Kad Pengenalan terlebih dahulu sebelum nama Islam boleh dimasukkan dalam Daftar Pemilih.
Alamat permohonan untuk pertukaran alamat itu tidak sama dengan alamatnya seperti yang tertera dalam Kad Pengenalan. Perkara ini boleh berlaku bagi permohonan yang dibuat sebelum 16 Julai 2002. Sebarang permohonan untuk pertukaran alamat dalam daftar pemilih hendaklah mengikut alamat dalam Kad Pengenalan. Sekiranya pemilih bercadang untuk berpindah tempat mengundi dia hendaklah terlebih dahulu memohon untuk pertukaran alamat di dalam Kad Pengenalan di JPN. Selepas itu dia bolehlah memohon untuk pertukaran alamat tempat mengundi dalam daftar pemilih di mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya atau di Pejabat Pos berkomputer di seluruh negara.
Pemilih berdaftar yang telah berpindah alamat tempat bermastautin boleh menukar alamat pusat mengundi dengan cara membuat pertukaran alamat terlebih dahulu dalam Kad Pengenalan di Pejabat Pendaftaran Negara (JPN). Selepas itu bawa resit pertukaran alamat yang dikeluarkan oleh JPN dan pergi ke mana-mana kaunter SPR untuk membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi dengan mengisi Borang A. Urusan pertukaran alamat pusat mengundi hanya boleh dibuat di kaunter-kaunter SPR di Ibu Pejabat SPR dan Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri dan kaunter-kaunter Pejabat Pos berkomputer sahaja.
Mengikut Perkara 119(4) Perlembagaan Persekutuan jika seseorang pemilih berdaftar tidak membuat apa-apa permohonan untuk bertukar pusat mengundi, namanya tetap kekal disenaraikan di alamat asal tempat dia mendaftar sebagai pemilih walaupun pada hakikatnya dia telah pun menukar alamatnya dalam Kad Pengenalan di tempat baru. Peraturan 12(2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 pula menetapkan bahawa SPR hanya boleh menukar alamat pusat mengundi seseorang pemilih berdaftar jika pemilih berkenaan memohon pertukaran dan telah mengisi Borang A yang ditetapkan di bawah Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.