Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

Calon

Heading

Heading

 

FAKTA-FAKTA UMUM UNTUK CALON

  1. Menjadi Ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
    Untuk menjadi seorang ahli Dewan Rakyat (Parlimen), seseorang itu mestilah dicalonkan dan memenangi dalam pilihan raya bahagian Parlimen. Begitu juga halnya jika seseorang itu mahu menjadi seorang ahli Dewan Undangan Negeri bagi mana-mana negeri maka orang itu mestilah dicalonkan dan memenangi pilihan raya Dewan Undangan Negeri.

  2. Syarat Kelayakan Menjadi Calon

    1. Pilihan Raya Dewan Rakyat
      • Seorang warganegara Malaysia dan bermastautin di dalam Persekutuan (Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan) semasa pencalonan.
      • Berumur tidak kurang daripada lapan belas  (18) tahun pada hari penamaan calon.
    2. Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri
      • Seorang warganegara Malaysia dan bermastautin di dalam negeri di mana ia ingin bertanding.
      • Berumur tidak kurang daripada dua puluh satu (21) atau lapan belas (18)  tahun berdasarkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri/Undang-Undang Tubuh Kerajaan/Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan/Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan negeri masing-masing pada hari penamaan calon.

  3. Hilang Kelayakan Menjadi Calon
    1. Didapati atau disahkan sebagai orang tidak sempurna akal;
    2. Seseorang bankrap yang belum lepas;
    3. Seseorang yang memegang "jawatan berpendapatan";
    4. Seseorang itu apabila telah dicalonkan untuk pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri atau menjadi Ejen Pilihan Raya kepada orang yang telah dicalonkan, dia telah gagal untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya seperti yang dikehendaki oleh undang-undang di dalam masa dan cara yang dikehendaki;
    5. Seseorang yang telah disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah di dalam Persekutuan (atau sebelum hari Malaysia di dalam kawasan-kawasan Sabah atau Sarawak atau Singapura) dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu (1) tahun atau didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit Malaysia (RM2,000.00) dan belum menerima pengampunan;
    6. Didapati telah mendapat kewarganegaraan atau telah menggunakan hak kewarganegaraan negara asing atau telah membuat pengakuan taat setia kepada mana-mana negara asing.

  4. Deposit
    Undang-undang menetapkan seseorang yang ingin bertanding dalam pilihan raya dikehendaki mengemukan wang deposit yang ditetapkan seperti berikut:
    Jika wang deposit tidak disertakan, kertas penamaannya dianggap sebagai tidak lengkap dan Pegawai Pengurus berkuasa untuk tidak menerima kertas penamaan tersebut.
    1. Pilihan Raya Parlimen- RM10,000.00
    2. Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri- RM5,000.00

  5. Deposit Bahan Kempen Pilihan Raya
    Calon-calon hendaklah membayar deposit bahan kempen pilihan raya seperti berikut:
    Sekiranya calon gagal mengemukakan deposit bahan kempen adalah tidak dibenarkan untuk memasang atau mempamer sebarang bahan kempen pilihan raya. Jika disabit kesalahan di bawah Sekyen Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkaitan dengan pekara tersebut, Calon berkenaan boleh dihukum penjara selama tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.
    1. Pilihan Raya Parlimen- RM5,000.00
    2. Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri- RM3,000.00

  6. Keistimewaan Untuk Seseorang Calon Pada Hari Mengundi
    Calon adalah dibenarkan melawat tempat-tempat berikut:
    1. Tempat mengundi/mengira undi.
    2. Pusat mengira undi berpusat dan berkelompok.
    3. Pusat pengeluaran, pembukaan dan pengiraan undi pos.
    4. Pusat Penjumlahan Rasmi Undi.

 

SIMBOL PARTI YANG BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA (SPR)   
Klik Di Sini - Format PDF

PARTI YANG BERDAFTAR DENGAN SPR

LAMBANG NAMA PARTI
BARISAN NASIONAL OF MALAYSIA (BN)
PARTI PESAKA BUMIPUTRA BERSATU SARAWAK (PBB)
PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR)
PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS)
PARTI RAKYAT MALAYSIA (PRM)
PERTUBUHAN KINABALU PROGRESIF BERSATU (UNITED PROGRESSIVE KINABALU ORGANISATION) (UPKO)
DEMOCRATIC ACTION PARTY, MALAYSIA (DAP)
PARTI LIBERAL DEMOKRATIK (THE LIBERAL DEMOCRATIC PARTY) (LDP)
PARTI BERSATU SASA MALAYSIA (MALAYSIA UNITED PEOPLE'S PARTY) (BERSAMA)
PARTI MAJU SABAH (PMS) (SABAH PROGRESSIVE PARTY (SAPP)
PARTI ASPIRASI RAKYAT SARAWAK (SARAWAK PEOPLE’S ASPIRATION SARAWAK) (ASPIRASI)
KONGRES INDIAN MUSLIM MALAYSIA (KIMMA)
PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA (MALAYSIAN PEOPLE`S MOVEMENT PARTY) (GERAKAN)
BARISAN KEMAJUAN INDIA SE-MALAYSIA (ALL MALAYSIAN INDIAN PROGRESSIVE FRONT) (AMIPF)
PARTI PUNJABI MALAYSIA (MALAYSIAN PUNJABI PARTY) (PPM)
PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) (UMNO)
PARTI AMANAH NEGARA (AMANAH)
PARTI RAKYAT BERSATU SARAWAK (SARAWAK UNITED PEOPLES' PARTY) (SUPP)
PARTI DEMOKRATIK PROGRESIF SARAWAK (SARAWAK PROGRESSIVE DEMOCRATIC PARTY) (PDP)
THE MALAYSIAN INDIAN CONGRESS (MIC)
PARTI BERSATU RAKYAT SABAH (PBRS)
BARISAN JAMAAH ISLAMIAH SE MALAYSIA (BERJASA)
MALAYSIAN CHINESE ASSOCIATION (MCA)
MALAYSIAN CEYLONESE CONGRESS (MCC)
PARTI MAKKAL SAKTI MALAYSIA (MALAYSIA MAKKAL SAKTI PARTY) (M.M.S.P.)
PARTI SOSIALIS MALAYSIA (BARU) (SOCIALIST PARTY OF MALAYSIA) (SPM) (PSM)
PARTI RAKYAT SARAWAK (PRS)
PARTI CINTA MALAYSIA (PCM)
PARTI PERPADUAN RAKYAT SABAH (PPRS)
PERTUBUHAN KEBANGSAAN SABAH BERSATU (UNITED SABAH NATIONAL ORGANISATION) (USNO)
PARTI KERJASAMA ANAK NEGERI (ANAK NEGERI)
PEOPLE'S ALLIANCE FOR JUSTICE OF PEACE (PEACE PARTY –SARAWAK)
PARTI TENAGA RAKYAT SARAWAK (TERAS)
PARTI KEBANGSAAN SABAH (PKS)
PARTI SEJAHTERA ANGKATAN PERPADUAN SABAH (SAPU)
PARTI SARAWAK BERSATU (PSB)
PARTI ALTERNATIF RAKYAT (PEOPLE'S ALTERNATIVE PARTY) (PAP)
PARTI CINTA SABAH (PCS)
PARTI WARISAN SABAH (WARISAN)
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (BERSATU)
PARTI SOLIDARITI TANAH AIRKU (SOLIDARITI)
PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH (HARAPAN RAKYAT)
PARTY BUMI KENYALANG (PBK)
PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA (IKATAN)
PARTI BERSAMA MALAYSIA (MALAYSIAN UNITED PARTY) PBM (MU)
PERTUBUHAN PERPADUAN RAKYAT KEBANGSAAN SABAH (PERPADUAN)
PENANG FRONT PARTY (PFP)
PARTI DAMAI SABAH (SABAH PEACE PARTY) (SPP)
PARTI BERSATU SABAH (SABAH UNITED PARTY) (PBS)
PAKATAN HARAPAN (PH)
GABUNGAN PARTI SARAWAK (GPS)
PARTI BUMIPUTERA PERKASA MALAYSIA (PUTRA)
PARTI SEDAR RAKYAT SARAWAK (SEDAR)
PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH (PARTI GAGASAN)
PERIKATAN NASIONAL (PN)
PARTI KEMAJUAN MALAYSIA (MALAYSIAN ADVANCEMENT PARTY) (MAP)
PARTI PEJUANG TANAHAIR (PEJUANG)
PARTI PERIKATAN INDIA MUSLIM NASIONAL (IMAN)
PARTI BANSA DAYAK SARAWAK BARU (PBDSB)
PARTI BANGSA MALAYSIA (PBM)
IKATAN DEMOKRATIK MALAYSIA (MALAYSIAN UNITED DEMOCRATIC ALLIANCE) (MUDA)
PARTI GABUNGAN RAKYAT SABAH (GRS)

 

SIMBOL - SIMBOL CALON BEBAS