Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

Syarat-Syarat Tambahan Penggunaan Bahan Kempen Pilihan Raya Umum Ke-14

Heading

Heading

Permit Bahan Kempen

(a)    Pemasangan bahan-bahan kempen mestilah mempunyai permit untuk mempamerkan bahan-bahan kempen kepada orang ramai dalam bahagian pilihan raya yang ditandinginya. Permit bahan kempen tersebut akan dikeluarkan oleh Pengarah Pilihan Raya Negeri tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan   di bawah Seksyen 24B (4), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. 

Penggunaan Gambar Pemimpin Utama Parti Politik

(b)    Dihadkan kepada gambar 2 orang pemimpin utama parti politik iaitu Presiden (atau setaraf dengannya) dan Timbalan Presiden (atau setaraf dengannya) bagi parti politik yang bertanding (berdasarkan kepada penggunaan lambang/simbol parti politik yang didaftarkan oleh calon semasa Hari Penamaan Calon). 

(c)    Jawatan selain daripada Presiden (atau setaraf dengannya) dan Timbalan Presiden (atau setaraf dengannya) parti adalah tidak dibenarkan. 

(d)    Bahan kempen tersebut boleh digabungkan atau diletakkan secara berasingan bagi gambar kedua-dua pemimpin utama parti politik.

Gabungan Gambar Pemimpin Utama Parti Politik Di Atas Satu Bahan Kempen

(e)    Gabungan gambar pemimpin utama parti politik di atas satu bahan kempen yang sama hanya dihadkan kepada Presiden (atau setaraf dengannya), Timbalan Presiden (atau setaraf  dengannya), Pengerusi Perhubungan Negeri Parti (atau setaraf dengannya), Menteri Besar/Ketua Menteri dan calon (berdasarkan kepada penggunaan lambang/simbol parti politik yang didaftarkan oleh calon semasa Hari Penamaan Calon).

(f)    Jawatan selain daripada yang dinyatakan di perenggan (e) adalah tidak dibenarkan.

Penggunaan Lambang/Simbol Parti Politik

(g)    Calon-calon yang bertanding mewakili parti politik dan ingin mengguna pakai lambang/simbol parti politik diminta agar memastikan lambang/simbol parti politik itu berdaftar dengan SPR.

(h)    Lambang/simbol parti politik bagi calon yang bertanding dan lambang/simbol parti komponen berdaftar sebagai gabungan/pakatan yang diwakili calon tersebut dibenarkan untuk dipamer secara bersama atau berasingan di bahagian pilihan raya di mana calon tersebut bertanding.

Syarat-syarat sedia ada seperti mana yang telah ditetapkan sebelum ini dan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 MASIH TERPAKAI kecuali berkaitan syarat-syarat tambahan yang dinyatakan. Contoh penyelarasan syarat-syarat tambahan bahan kempen bagi PRU Ke-14 adalah seperti di LAMPIRAN.

Suruhanjaya Pilihan Raya
24 April 2018

Lampiran: