Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

Akademi Pilihan Raya

Heading

Heading

AKADEMI PILIHAN RAYA (APR) SEPINTAS LALU

Akademi Pilihan Raya (APR) telah dilancarkan pada 8 Januari 2007 dan diletak di bawah Bahagian Operasi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dua objektif utamanya adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai dan staf SPR serta petugas-petugas pilihan raya dan parti-parti politik selain meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya

penglibatan dalam pilihan raya di kalangan para penduduk, khasnya para pelajar dan pemilih berdaftar. Pelanggannya terdiri daripada pegawai dan staf SPR, petugas-petugas pilihan raya, petugas-petugas parti politik, pelajar-pelajar IPTA/IPTS, pihak media, badan-badan bukan kerajaan, delegasi dari luar negara dan pegawai-pegawai daripada jabatan/agensi Kerajaan yang terlibat dalam pengurusan pilihan raya seperti PDRM, Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Luar Negeri. Objektif-objektif ini dicapai melalui taklimat, latihan, penerbitan buku panduan, checklist dan cakera padat dan latih amal.

STRUKTUR ORGANISASI AKADEMI PILIHAN RAYA

Carta Organisasi APR 


LOKASI
Akademi Pilihan Raya terletak di alamat berikut :
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Aras 6, No. 2, Jalan P2T, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA.

 

KURSUS/TAKLIMAT
 

Program Pembangunan Sumber Manusia/Latihan Personel | Program Pendidikan Pengundi | Program Kesedaran | Latihan/Taklimat Kepada Jabatan-jabatan yang melaksanakan pilihan raya

PROGRAM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA/PERSONEL

  1. Kursus/Taklimat Kepada Pegawai Dan Kakitangan Ibu Pejabat SPR Dan Pejabat Pilihan Raya Negeri
  2. Kursus/Taklimat Kepada Petugas-Petugas Pilihan Raya yang terdiri daripada mereka yang berikut :
    • Pegawai Pengurus (PP);
    • Penolong Pegawai Pengurus (PPP);
    • Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR).
    • Pembantu Pilihan Raya (PPR);
    • Ketua Tempat Mengundi/Mengira Undi (KTM);
    • Kerani Pengundian/Mengira Undi (KP/MU)
    • Kerani Pengeluaran, Pembukaan dan Pengiraan Undi Pos (KUP)
    • Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP); dan
    • Pemandu Arah Pusat Mengundi (PAPM).

 

PROGRAM PENDIDIKAN PENGUNDI
 

  1. Kursus/Taklimat Kepada Petugas-Petugas Parti Politik
    • Peranan Calon/Ejen Pilihan Raya (EPR) Dalam Urusan Pilihan Raya
    • Peranan Ejen Tempat Mengundi (ETM) Dalam Proses Pengundian
    • Peranan Ejen Mengira Undi (EMU) Dalam Proses Pengiraan Undi
    • Tugas dan Tanggungjawab Wakil Parti Politik/Calon Dalam Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR)
    • Peranan Penolong Pendaftar Parti Politik Dalam Urusan Pendaftaran Dan Penyemakan Daftar Pemilih
  1. Warganegara berumur 21 tahun ke atas dan pemilih-pemilih berdaftar

 

PROGRAM KESEDARAN
 

  1. Kursus/Taklimat Kepada Pelajar Mengenai Sistem Pilihan Raya Di Malaysia
    • Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Kolej/Matrikulasi/Maktab Perguruan
    • Sekolah Menengah
    • Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
  1. Taklimat Kepada Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Mengenai Urusan pilihan Raya
  2. Taklimat Kepada Agensi-Agensi Kerajaan dan Swasta Mengenai Urusan Pilihan Raya
  3. Taklimat Kepada Delegasi Luar Negara Mengenai Urusan Pilihan Raya di Malaysia
  4. Taklimat Kepada Media Mengenai Urusan Pilihan Raya

 

CARA MEMOHON
 

  1. Pihak-pihak yang berminat untuk mengikuti kursus/taklimat yang dianjurkan oleh Akademi Pilihan Raya mengenai sistem Pilihan Raya di Malaysia boleh menghubungi Urus Setia.
  2. Senarai kursus/taklimat yang ditawarkan mengikut kategori kumpulan tertentu seperti berikut:-
    1. Petugas-Petugas Pilihan Raya
    2. Petugas-Petugas Parti-Parti Politik
    3. Pelajar-Pelajar IPTA/IPTS
    4. Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah
    5. Pelatih-Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
    6. Jabatan-Jabatan Kerajaan
    7. Agensi-Agensi Swasta
    8. Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO)
    9. Media
    10. Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
    11. Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
    12. Delegasi Luar Negara
    13. Pegawai Dan Kakitangan Ibu Pejabat SPR
    14. Pegawai dan Kakitangan PPN

PERMOHONAN BOLEH DI BUAT MELALUI CARA-CARA BERIKUT :

  1. Menghantar permohonan secara bersurat yang dialamatkan ke Akademi Pilihan Raya.  Surat permohonan  tersebut boleh emel ke akademipilihanraya@spr.gov.my  atau melalui faks ke 03-8892 7001.