Heading

  
  • Heading

                  

Persempadanan

Heading

Heading

Urusan Kajian Semula Persempadanan merupakan suatu kajian dan semakan untuk melihat semula kesesuaian sempadan-sempadan Bahagian Pilihan Raya sedia ada bagi memudahkan urusan pentadbiran pilihan raya dan pendaftaran pemilih di masa akan datang.
A: Bahagian Pilihan Raya adalah terdiri daripada komponen-komponen seperti berikut:
  1. Lokaliti
    Merupakan komponen terkecil yang terdapat dalam Bahagian Pilihan Raya. Ia merupakan tempat tinggal sekumpulan orang tempatan yang mempunyai talian sosial yang jelas seperti kampung atau taman perumahan. Dalam urusan pendaftaran pemilih, lokaliti adalah asas bagi menentukan di mana seorang pemilih akan mengundi. Penentuan tersebut adalah berdasarkan alamat yang dinyatakan dalam Kad Pengenalan pemohon.
  2. Daerah Mengundi
    Daerah Mengundi diwujudkan melalui satu atau gabungan beberapa lokaliti. Ia bertujuan untuk menentukan Pusat-Pusat Mengundi bagi pemilih yang lokalitinya berada di dalam Daerah Mengundi tersebut.
  3. Bahagian Pilihan Raya Negeri
    Gabungan beberapa Daerah Mengundi akan membentuk satu Bahagian Pilihan Raya Negeri atau juga dikenali sebagai kawasan DUN
  4. Bahagian Pilihan Raya Persekutuan
    Dua atau lebih Bahagian Pilihan Raya Negeri apabila digabungkan akan membentuk satu Bahagian Pilihan Raya Persekutuan kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang hanya mempunyai Bahagian Pilihan Raya Persekutuan sahaja dan tiada Bahagian Pilihan Raya Negeri. Bahagian Pilihan Raya Persekutuan juga dikenali sebagai kawasan Parlimen.
A: Urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya boleh dimulakan berdasarkan keadaan seperti berikut:
  1. Tidak kurang daripada tempoh lat 8 tahun daripada tarikh siap urusan Kajian Semula Persempadanan sebelumnya; atau
  2. Terdapat pindaan terhadap undang-undang iaitu apabila Perlembagaan Persekutuan atau Undang-Undang Tubuh Negeri dipinda, sama ada untuk menambah/mengurangkan bilangan kerusi dewan atau pewujudan wilayah baharu contohnya pembentukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
A: Urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya yang dilaksanakan di bawah peruntukan Perkara 113 (2) Perlembagaan Persekutuan hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi dua (2) tahun dari tarikh Notis Kajian Semula Persempadanan disiarkan. Walau bagaimanapun, bagi urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya yang dilaksanakan mengikut peruntukan Perkara 113 (3A) Perlembagaan Persekutuan iaitu apabila terdapat pindaan undang-undang berhubung bilangan kerusi Dewan Rakyat atau kerusi Dewan Undangan Negeri sebelum cukup lat tempoh 8 tahun, maka Kajian Semula Persempadanan tersebut hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi 2 tahun dari tarikh kuatkuasa undang-undang tersebut.
A: Prinsip-prinsip yang diambil kira dalam melaksanakan urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya adalah seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 2, Bahagian I, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan iaitu:
  1. Kemudahan diadakan bagi pemilih-pemilih mengundi semasa pilihan raya dan bahagian pilihan raya tidak merentasi sempadan negeri;
  2. Mengambil kira kemudahan pentadbiran yang boleh didapati dalam bahagian pilihan raya itu untuk mengadakan jentera yang perlu bagi pendaftaran dan pengundian;
  3. Jumlah pemilih yang seimbang bagi setiap bahagian pilihan raya dalam sesuatu Negeri kecuali apabila terdapat kesukaran perhubungan dan pengangkutan yang dihadapi di luar bandar, luas bahagian pilihan raya patut diberi pertimbangan; dan
  4. Memelihara hubungan tempatan.
A: Sempadan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya dibentuk melalui penetapan daripada sesuatu yang boleh dilihat secara jelas dan nyata seperti bukit, jalan raya dan sungai serta sempadan lain seperti sempadan lot tanah, mukim, daerah atau negeri.
A: Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya akan dipamerkan selama satu bulan di tempat-tempat yang dinyatakan dalam notis warta yang turut disiarkan di dalam akhbar.
A: Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya dipamerkan untuk semakan dan representasi oleh pihak-pihak yang dibenarkan Perlembagaan Persekutuan.
A: Berdasarkan peruntukan Seksyen 5, Bahagian II, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan, pihak yang dibenarkan untuk membuat representasi adalah:
  1. Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya yang tersentuh oleh syor itu; dan
  2. Sekumpulan orang seramai 100 orang atau lebih yang nama mereka ditunjukkan dalam daftar pemilih semasa bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya yang berkenaan.
A: Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya yang disediakan oleh SPR hendaklah dibentang dan diluluskan di dalam Dewan Rakyat (dengan sokongan lebih daripada separuh ahli Dewan) dan ia hanya akan berkuatkuasa setelah Perintah Persempadanan berkenaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
A: Berdasarkan peruntukan Seksyen 12, Bahagian II, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan, Bahagian-Bahagian Pilihan Raya yang baharu hanya boleh digunakan di dalam pilihan raya selepas pembubaran Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.
A: Pada masa ini, jumlah Bahagian Pilihan Raya Persekutuan yang berkuatkuasa adalah sebanyak 222 bahagian, manakala Bahagian Pilihan Raya Negeri pula adalah sebanyak 587 bahagian.