| 1. |
SISTEM PILIHAN
RAYA |
| |
Sejak tahun 1957, Malaysia mengekalkan
sistem politik pelbagai parti yang mana parti politik yang
memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau
Dewan Undangan Negeri boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan
atau Negeri. Sistem yang digunakan di Malaysia berasaskan
'First-Past-The-Post-System'. Ini bermakna calon-calon
yang memperoleh majoriti akan diisytihar pemenang di bahagian
pilihan raya yang berkenaan.
|
|
|
| 2. |
UNDANG-UNDANG DAN
PERATURAN PILIHAN RAYA |
| |
Bagi memudahkan pelaksanaan pilihan
raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk
memastikan prosedur pilihan raya dipatuhi sepenuhnya. Undang-undang
dan peraturan-peraturan-peraturan yang digubal adalah seperti
yang berikut:
- Perlembagaan Persekutuan;
- Perlembagaan Negeri;
- Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19);
- Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5);
- Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan
Raya, 1981;
- Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya,
2002;
- Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan
Raya, 2003.
Semua undang-undang dan peraturan-peraturan
ini adalah berkait secara langsung dengan proses pilihan raya.
Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang
walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses
pilihan raya, tetapi memain peranan dalam kelancaran penjalanan
pilihan raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962; Akta Hasutan
1970; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Akta Keselamatan Dalam Negeri,
1960. |
| |
|
| 3. |
ELEMEN-ELEMEN PENTING
PILIHAN RAYA |
| |
Elemen-elemen penting
pilihan raya adalah:-
- Bahagian Pilihan Raya
- Pemilih
- Calon
- Proses Pilihan Raya
|
| |
|
| 4. |
BILANGAN BAHAGIAN PILIHAN
RAYA |
| |
Dalam sistem pilihan raya yang
diamalkan di Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili
penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen
(Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya
Negeri). Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen)
dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri (lihat Jadual
1). |
| |
|
| 5. |
PERSEMPADANAN SEMULA
BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN
RAYA |
| |
Sebagai sebahagian daripada fungsi
utamanya, Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab untuk
mengkaji semula sempadan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen
dan Negeri. Seperti yang tertera di dalam Perlembagaan Persekutuan,
Suruhanjaya Pilihan Raya perlu menjalankan kajian ini setiap
tidak kurang daripada 8 tahun.
|
| |
|
| 6. |
PENDAFTARAN PEMILIH
|
| |
Satu elemen penting dalam sistem
pilihan raya ialah seseorang pemilih itu mestilah mendaftar
dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum dia boleh mengundi
dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.
Di Malaysia, seseorang itu
layak untuk mendaftar jika dia:
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang daripada 21 tahun
pada tarikh kelayakan;
- seorang penduduk di mana-mana bahagian
pilihan raya di Malaysia; dan
- tidak hilang kelayakan.
|
| |
|
| 7. |
HILANG KELAYAKAN
|
| |
Seseorang pemilih akan hilang
kelayakan jika dia:
- pada tarikh kelayakan, ditahan kerana
tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara; atau
- sebelum tarikh kelayakan, telah didapati
bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh lebih
12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan;
atau
- telah didapati bersalah di bawah Akta
Kesalahan Pilihan Raya 1954; atau
- telah memperoleh kerakyatan asing.
|
| |
|
| 8. |
SEMAKAN DAFTAR
PEMILIH |
| |
Semakan daftar pemilih dijalankan di sepanjang tahun, seperti
yang diperuntukkan di dalam undang-undang. Anda boleh mendaftar
di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, Pejabat-Pejabat Pilihan
Raya Negeri, Pejabat-Pejabat Pos atau melalui unit-unit bergerak
Suruhanjaya. Daftar-daftar pemilih baru disediakan setiap
3 bulan sekali dan ia dipamerkan selama 7 hari bagi tujuan
urusan tuntutan dan bantahan. Selepas mempertimbangkan tuntutan
dan bantahan melalui siasatan awam, daftar pemilih untuk tahun
berkenaan akan disahkan oleh Suruhanjaya di dalam tempoh sebulan.
Semasa semakan daftar induk, nama-nama pemilih yang sudah
meninggal dunia dan yang sudah hilang kelayakan mengikut undang-undang
akan dikeluarkan daripada daftar berkenaan.
|
| |
|
| 9. |
KELAYAKAN CALON
|
| |
Dalam
sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh
mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas.
Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya
jika memenuhi syarat berikut:
- warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini;
- berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan
calon; dan
- tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding.
Seseorang calon hilang kelayakan jika dia:
- telah didapati atau diisytiharkan tidak
siuman; atau
- didapati seorang bankrap; atau
- memegang jawatan berkepentingan 'office
of profit'; atau
- gagal mengemukakan laporan perbelanjaan
pilihan raya; atau
- telah didapati bersalah oleh mahkamah
di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak
kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000
dan belum mendapat pengampunan; atau
- telah memperoleh kewarganegaraan asing.
|
| |
|
| 10. |
TEMPOH PILIHAN
RAYA |
| |
Pilihan Raya untuk Dewan Rakyat
dan Dewan Undangan Negeri, seperti yang ditetapkan oleh undang-undang,
diadakan sekali di dalam tempoh 5 tahun kecuali jika dewan
dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya Umum diadakan di dalam
tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran.
Pilihan Raya Kecil juga diadakan di dalam
tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan, sama ada disebabkan
kematian, peletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat
dan Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan. Dalam hal
ini tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya.
|
| |
|
| 11. |
PROSES PILIHAN
RAYA |
| |
Pilihan Raya Umum atau Pilihan
Raya Kecil bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa
yang sama satu notis akan diwartakan, menetapkan tarikh-tarikh
hari penamaan calon dan hari mengundi.
|
| |
|
| 12. |
HARI PENAMAAN CALON |
| |
Hari penamaan calon merujuk kepada hari
yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon-calon
mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam
pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Kertas-kertas penamaan
boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong atau
salah seorang daripada mereka. Kertas-kertas penamaan mestilah
dikemukakan di antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada
hari penamaan.
Kertas-kertas penamaan akan
dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti
dan bantahan. Dalam kes di mana seorang calon sahaja yang
dicadangkan, Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon itu
menang tanpa bertanding. |
| |
|
| 13. |
DEPOSIT |
| |
Wang deposit berjumlah RM10,000
bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri perlu
diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari
penamaan calon.
Calon akan hilang wang deposit
sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang diperoleh
oleh semua calon yang bertanding di dalam sesuatu bahagian
pilihan raya berkenaan. |
| |
|
| 14. |
PENGGUNAAN SIMBOL
|
| |
Seseorang calon yang mewakili
sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jika
dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan.
Calon-calon bebas perlu memilih mana-mana simbol yang telah
disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, untuk dicetak pada
kertas-kertas undi.
|
| |
|
| 15. |
KEMPEN
|
| |
Suruhanjaya Pilihan Raya telah
merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen, seperti
yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan)
2002. Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses
penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam
sebelum hari mengundi. Bagi memastikan pilihan raya berjalan
lancar Suruhanjaya mempunyai kuasa di bawah perkara 3(5) Akta
Pilihan Raya 1958 dan perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya
1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu
atau lebih Pasukan-pasukan Penguat Kuasa di setiap bahagian
pilihan raya Parlimen, jika difikirkan perlu. Unit ini dianggotai
oleh Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya
Pilihan Raya, seorang wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah,
seorang wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan dan seorang wakil
tiap-tiap parti/calon yang bertanding.
Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab
kepada Pegawai Pengurus, dan tugas pasukan ini ialah untuk
memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihan raya
dan perhimpunan umum, bagi memastikan peruntukan-peruntukan
di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya
tidak dilanggar. Suruhanjaya Pilihan Raya juga akan menubuhkan
jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat Pusat/Negeri/bahagian-bahagian
pilihan raya bagi memberikan penerangan kepada parti-parti
politik, calon-calon atau ejen-ejen dan petugas-petugas parti
mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya. Senarai
perkara yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya
disediakan, dan ini perlu diambil ingatan oleh calon-calon
dan petugas-petugas parti.
Biasanya, kempen pilihan
raya adalah berupa:
- Pengedaran risalah dan surat;
- Poster;
- Ceramah tertutup dan ceramah umum;
- Kempen dari rumah ke rumah.
Parti-parti politik dibenarkan
membentangkan dan memperjelas menifesto masing-masing. Mereka
juga boleh menggunakan media elektronik. Walau bagaimanapun,
calon-calon perlu membayar deposit berjumlah RM5,000 bagi
pilihan raya Parlimen dan RM3,000 bagi pilihan raya Negeri.
Deposit ini akan dipulangkan sekiranya calon-calon menanggalkan
poster, sepanduk dan sebagainya di dalam tempoh 14 hari selepas
hari mengundi.
Sepanjang tempoh berkempen
pihak polis akan dari semasa ke semasa mengeluarkan garis-garis
panduan kepada calon-calon yang bertanding untuk memastikan
pilihan raya berjalan secara aman. Semua bentuk kempen mesti
ditamatkan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.
|
| |
|
| 16. |
HARI MENGUNDI |
| |
Hari mengundi adalah merujuk kepada hari
pemilih-pemilih membuang undi. Secara rasmi hari mengundi
bermula dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan
pengumuman keputusan pilihan raya. Namun demikian, waktu membuang
undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang
di seluruh Malaysia. Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit
bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran membuang undi.
Selain dari itu, waktu membuang undi mungkin berbeza antara
daerah-daerah. Suruhanjaya Pilihan Raya biasanya akan mengeluarkan
notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara
pilihan raya seperti:
- tarikh mengundi;
- lokasi tempat mengundi;
- waktu mengundi di semua tempat mengundi;
- lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi.
Pengundian dilakukan di tempat-tempat
mengundi yang telah diwartakan. Setiap tempat mengundi mempunyai
seorang Ketua Tempat Mengundi yang mengawal selia proses pengundian.
Beliau akan dibantu oleh kerani mengundi dan kerani mengira
undi. |
| . |
|
| 17. |
BARONG SPR |
| |
Undang-undang yang ada pada masa ini
melarang calon daripada mendirikan pondok di mana-mana pusat
mengundi di dalam kawasan tempat calon itu bertanding. Walau
bagaimanapun, parti-parti politik dibenarkan untuk mengadakan
bilik operasi jika sekiranya terletak di luar jarak 50 meter
dari pusat mengundi. Bagi memastikan kelancaran pengundian,
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia akan mendirikan barong SPR
di pusat-pusat mengundi. Barong-barong ini adalah untuk membantu
pemilih menyemak nombor siri mereka di dalam daftar pemilih
dan saluran supaya pengundian berjalan dengan teratur.
|
| |
|
| 18. |
KEBENARAN UNTUK
MEMASUKI TEMPAT MENGUNDI |
| |
Hanya pemilih-pemilih yang nama
mereka terdapat di dalam daftar pemilih bagi sesuatu tempat
mengundi sahaja boleh dibenarkan masuk untuk membuang undi.
Penggunaan kad pengenalan pemilih yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pendaftaran Negara sebagai pengenalan diri, dan perlu ditunjukkan
di tempat mengundi. Bagi memastikan keadaan terkawal dan menentukan
kerahsiaan undi, hanya pegawai-pegawai berikut yang dibenarkan
memasuki tempat mengundi:
- Ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan
Raya;
- Ketua Tempat Mengundi dan kakitangannya;
- calon-calon dan wakil calon;
- Ejen-ejen mengundi dan ejen mengira
undi; dan
- orang-orang yang dibenarkan oleh Suruhanjaya
Pilihan Raya.
|
| |
|
| 19. |
CARA-CARA MENGUNDI
|
| |
Undi adalah rahsia. Seseorang
pemilih hanya boleh memangkah seorang calon sahaja, iaitu
dengan menandakan ‘X’ bersebelahan nama calon
yang dipilih. Selepas menandakan kertas undi, pengundi perlu
melipatnya mengikut garisan di kertas undi, dan seterusnya
memasukkannya ke dalam peti undi yang disediakan.
Jika diadakan pilihan raya
serentak (Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri) kertas-kertas
undi mestilah ditanda, dilipat dan dimasukkan ke dalam peti
undi yang berasingan yang ditanda “PARLIMEN”
dan “NEGERI”. |
| |
|
| 20. |
UNDI POS |
| |
Undi pos dihantar dengan pos seawal
yang mungkin kepada pemilih yang layak mengundi melalui pos.
Biasanya pengundi pos terdiri daripada anggota tentera, Pasukan
Polis Hutan, petugas-petugas pilihan raya, pegawai-pegawai
kerajaan yang bertugas di luar negara, pelajar yang menuntut
di luar negara, serta isteri atau suami masing-masing.
Kertas undi pos mesti sampai
kepada Pegawai Pengurus selewat-lewatnya jam 5.00 petang pada
hari mengundi. Prosedur-prosedur yang lengkap telah disediakan
untuk menjaga kerahsiaan undi. |
| |
|
| 21. |
EJEN MENGUNDI |
| |
Undang-undang membenarkan calon
melantik ejen mengundi bagi tujuan menjaga kepentingan calon
di setiap tempat mengundi di sepanjang masa.
Peranan ejen adalah
untuk memastikan pengundian dijalankan mengikut undang-undang
dan peraturan-peraturan yang berkaitan. |
| |
|
| 22. |
PENGIRAAN UNDI
|
| |
Pengiraan undi dijalankan oleh
Ketua Tempat Mengundi di tempat mengundi atau di satu pusat
pengiraan undi yang telah ditetapkan. Undi pos bagi sesuatu
bahagian pilihan raya dikira oleh Pegawai Pengurus di pusat
pengiraan undi yang ditetapkan.
Semasa undi dikira, orang-orang
yang dibenarkan sahaja boleh memasuki tempat mengira undi.
Mereka ialah:
- Ahli-ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya;
- pegawai yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya;
- kerani mengira undi; dan
- calon, wakil dan ejen mengira undi.
Kehadiran ejen-ejen calon
adalah untuk memastikan pengiraan undi dijalankan mengikut
proses yang betul seperti yang ditetapkan oleh undang-undang
dan peraturan dan bagi memastikan urusan pengiraan undi itu
betul, adil dan telus. |
| |
|
| 23. |
PENJUMLAHAN RASMI
UNDI |
| |
Selepas selesai pengiraan undi
di tempat-tempat mengundi dan pusat pengiraan undi, keputusan-keputusan
pengundian dikemukakan kepada Pegawai Pengurus di pusat penjumlahan
undi. Pegawai Pengurus akan menjumlahkan semua undi, termasuk
undi pos, untuk menentukan pemenang.
Pegawai Pengurus bagi sesuatu
bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan calon yang
mendapat undi majoriti, sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian
pilihan raya berkenaan. |
| |
|
| 24. |
PETISYEN PILIHAN
RAYA |
| |
Keputusan pilihan raya boleh dicabar
di mahkamah. Sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab-sebab
berikut:
- sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang mungkin
telah menjejaskan pilihan raya;
- ketidak patuhan undang-undang dan peraturan pilihan
raya;
- perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang-undang
yang dilakukan oleh calon dan ejen-ejen;
- calon atau ejennya didapati tidak layak menyertai pilihan
raya.
Petisyen pilihan raya mestilah dikemukakan
ke Mahkamah Tinggi di dalam masa 21 hari selepas tarikh keputusan
pilihan raya disiarkan dalam Warta. Jika Hakim Pilihan Raya,
selepas menjalankan perbicaraan ke atas petisyen berkenaan,
memutuskan bahawa pilihan raya berkenaan terbatal, Suruhanjaya
Pilihan Raya akan mengeluarkan notis yang mana pilihan raya
baru akan diadakan di bahagian pilihan raya tersebut. |
| |
|
| 25. |
PENYATA PERBELANJAAN
PILIHAN RAYA |
| |
Seseorang calon adalah layak membelanjakan
wang bagi pilihan raya tetapi tidak boleh melebihi:
- RM200,000 bagi Dewan Rakyat; dan
- RM100,000 bagi Dewan Undangan Negeri
Laporan perbelanjaan mestilah
dihantar kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri di dalam tempoh
31 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan di
dalam Warta. Kegagalan untuk mengemukakan penyata perbelanjaan
pilihan raya atau kegagalan untuk mengemukakannya di dalam
tempoh yang ditetapkan merupakan satu kesalahan di bawah Akta
Kesalahan Pilihan Raya 1954. |
| |
|
| 26. |
PENYIMPANAN DAN PELUPUSAN
|
| |
Dalam proses pilihan raya, satu
aspek penting ialah penyimpanan kertas-kertas undi dan dokumen
lain berkaitan. Dokumen-dokumen ini mestilah disimpan di dalam
peti atau peti-peti khas dan dikunci dengan disaksikan oleh
ejen-ejen calon.
Peti-peti khas ini disimpan
selama 6 bulan di bawah pengawasan Pegawai Pengurus. Pengarah
Pilihan Raya Negeri akan menyimpan daftar pemilih yang telah
ditandakan dan juga 'counter foils' kertas undi. Ini adalah
bagi menjamin kerahsiaan undi. Peti-peti itu hanya boleh dibuka
atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi, jika ada kes-kes petisyen.
Selepas tempoh 6 bulan, Pegawai
Pengurus, selepas mendapat kebenaran Suruhanjaya Pilihan Raya
akan melupuskan kertas-kertas undi dan dokumen-dokumen berkenaan.
Pegawai Pengurus kemudian akan mengemukakan sijil pelupusan
kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri. |
| |
|
| 27. |
PENUTUP |
| |
Proses pilihan raya di Malaysia
adalah satu proses yang baik berdasarkan kepada penggubalan
beberapa undang-undang dan peraturan yang memastikan pilihan
raya yang bebas, adil dan telus. Di samping itu proses pilihan
raya ini menjamin keputusan pilihan raya diumumkan dengan
cepat.
|
| |
|
| |