| |
AKTA
PILIHAN RAYA 1958
PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENGUNDIAN POS) 2003
Orang
yang berhak untuk mengundi sebagai pengundi pos
3. (1) Mana-mana orang yang telah mendaftarkan diri sebagai sebagai
seorang pemilih Parlimen atau Negeri di bawah Peraturan-Peraturan
Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, dan ialah-
(a) seorang pengundi tak hadir;
(b) seorang yang diperakui oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai
seorang pegawai pilihan raya dan kena menjalankan tugas pada
hari mengundi;
(c) seorang anggota mana-mana pasukan polis yang ditubuhkan
oleh mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di
Malaysia, selain seorang anggota Pasukan Polis Sukarela Simpanan;
(d) seorang anggota mana-mana perkhidmatan awam yang pada hari
mengundi diambil bekerja sepenuh masa dalam suatu jawatan di
luar Semenanjung Malaysia atau Sabah atau Sarawak;
(e) seorang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya yang dilantik di
bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan; atau
(f) seorang anggota mana-mana kategori orang yang ditetapkan
sebagai pengundi pos oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dari semasa
ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta, adalah, apabila
diterimanya suatu kertas undi pos, berhak untuk mengundi sebagai
pengundi pos pada sesuatu pilihan raya mengikut Peraturan-Peraturan
ini.
(2) Orang yang disebut dalam perenggan(1)(b),(d),(e) dan (f) yang
berhasrat untuk mengundi melalui pos hendaklah memohon untuk berbuat
demikian dengan menggunakan Borang 1 dalam Jadual.
(3) Permohonan itu hendaklah dibuat terus kepada pegawai pengurus
bahagian pilihan raya tempat dia didaftarkan melalui mana-mana
Pegawai Pilihan Raya Negeri sesuatu Negeri sebaik sahaja diketahui
bahawa suatu pilihan raya dipertandingkan dalam bahagian pilihan
raya itu.
(4) Jika sesuatu permohonan diluluskan, pegawai pengurus hendaklah
mengeluarkan suatu kertas undi pos kepada pemohon dan jika pemohonan
itu tidak diluluskan, pegawai pengurus hendaklah memberitahu pemohon
sedemikian dan hendaklah menyatakan alasan-alasannya untuk tidak
meluluskan permohonan itu dalam surat yang ditetapkan dalam Borang
1.
Bentuk kertas undi pos
4. Kertas undi yang dihantar kepada pengundi pos hendaklah dalam
bentuk yang sama dengan, dan tidak boleh berbeza daripada, kertas
undi yang dihantarserahkan kepada pengundi lain.
|
|
|