Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Semakan Daftar Online

Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya 
Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
 
MISI

MEMASTIKAN RAKYAT MALAYSIA BERPELUANG UNTUK MEMILIH WAKIL-WAKIL MEREKA BAGI MEMBENTUK KERAJAAN DAN MEMELIHARA HAK INI MELALUI PILIHAN RAYA YANG BEBAS SERTA ADIL.

OBJEKTIF


MEMELIHARA DAN MENGEKALKAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA MELALUI PILIHAN RAYA YANG ADIL, CEKAP DAN TELUS.

MOTO

'CEKAP DAN TELUS'

PIAGAM PELANGGAN

Suruhanjaya Pilihan Raya, berjanji untuk melaksanakan fungsi-fungsi berikut:-
  • Membentuk bahagian-bahagian pilihan raya dan membuat persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya seperti yang telah digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan.
  • Mengadakan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih di sepanjang tahun.
  • Menjalankan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil.

Suruhanjaya berjanji untuk melaksanakan:-

I. PENDAFTARAN PEMILIH

  • Memastikan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih dapat diselesaikan setiap 4 bulan.
  • Memproses setiap permohonan di dalam tempoh 10 minit.
  • Menyemak nama di dalam daftar pemilih di dalam tempoh 2 minit.
  • Mengadakan sekurang-kurangnya satu pusat pendaftaran di setiap pejabat pos di seluruh negara.
  • Menyediakan pasukan bergerak pendaftaran untuk kawasan luar bandar.
  • Menyelesaikan urusan siasatan awam bagi tuntutan dan bantahan di dalam tempoh 1 ½ bulan.

II. PENJALANAN PILIHAN RAYA

  • Mengadakan sekurang-kurangnya satu pusat mengundi di setiap daerah mengundi.
  • Memastikan setiap tempat mengundi mengendalikan bilangan maksimum 700 orang pengundi.
  • Memastikan tempoh mengundi bagi setiap pengundi tidak melebihi 5 minit dari masa seseorang pengundi itu memasuki tempat mengundi.
  • Memberi keutamaan dan menyediakan kemudahan kepada pengundi-pengundi cacat dan kurang upaya.
  • Memastikan urusan pengiraan undi di tempat mengundi diselesaikan 2 jam selepas tamat tempoh pengundian.

III. BELAH BAHAGI DAERAH MENGUNDI, KAJIAN DAN PERSEMPADANAN SEMULA BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA

  • Menyelesaikan proses belah bahagi daerah-daerah mengundi dalam tempoh 4 bulan.
  • Menyelesaikan kajian dan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya dalam tempoh 8 bulan (mengikut Perlembagaan Persekutuan, tidak melebihi 2 tahun) dari tarikh urusan itu dimulakan.

 

STRATEGI

Bagi melaksanakan fungsi-fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya telah membentuk strategi-strategi berikut:-
  • Mengenalpasti dan mengumpul data dan maklumat kawasan-kawasan yang baru membangun untuk memastikan representasi yang adil bagi setiap bahagian pilihan raya;
  • Meningkatkan kesedaran orang ramai supaya mendaftar sebagai pemilih;
  • Meningkat kesedaran orang ramai tentang pentingnya keluar mengundi semasa pilihan raya umum dan pilihan raya kecil;
  • Mengadakan program pendidikan yang sistematik dan berterusan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang hak dan tanggungjawab sebagai warganegara semasa pilihan raya dan memelihara demokrasi berparlimen;
  • Membuat semakan daftar pemilih dengan mengeluarkan nama pemilih-pemilih yang telah meninggal dunia dan yang sudah hilang kelayakan sebagai pemilih di sisi undang-undang dan dengan itu menghasilkan daftar pemilih yang kemaskini dan bersih;
  • Meningkatkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT-Information and Communication Technology) dalam menyediakan perkhidmatan yang cepat dan lancar; dan
  • Mengkaji semula undang-undang, peraturan-peraturan dan prosedur kerja pilihan raya bagi memastikan urusan pendaftaran pemilih, semakan daftar pemilih dan penjalanan pilihan raya dilaksanakan dengan betul dan lancar.