SPR
akan menggunakan peti undi telus cahaya (transparent)
dalam Pilihan Raya Umum ke-12 yang akan datang. Peti-peti undi ini
akan menggantikan peti-peti undi lama yang diperbuat daripada logam
yang dicat hitam. SPR menempah 50,000 unit peti undi telus cahaya
dan telah mula membuat penghantaran ke Pejabat-pejabat Pilihan Raya
Negeri. Penggunaan peti undi yang telus cahaya adalah selaras dengan
komitmen SPR untuk meningkatkan lagi tahap ketelusan pilihan raya
yang diadakan di negara ini. |