Jata
Banner

 

 |  PENJALANAN PILIHAN RAYA  |  CALON


CALON

CALON

 FAKTA-FAKTA UMUM UNTUK CALON 
1. Menjadi Ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
  Untuk menjadi seorang ahli Dewan Rakyat (Parlimen), seseorang itu mestilah dicalonkan dan memenangi dalam pilihan raya bahagian Parlimen. Begitu juga halnya jika seseorang itu mahu menjadi seorang ahli Dewan Undangan Negeri bagi mana-mana negeri maka orang itu mestilah dicalonkan dan memenangi pilihan raya Dewan Undangan Negeri.  
       
2. Syarat Kelayakan Menjadi Calon 
  2.1. Pilihan Raya Dewan Rakyat
    i)  Seorang warganegara Malaysia dan bermastautin di dalam Persekutuan (Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan) semasa pencalonan.
    ii) Berumur tidak kurang daripada dua puluh satu (21) tahun pada hari penamaan calon.
  2.2. Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri 
    i) Seorang warganegara Malaysia dan bermastautin di dalam negeri di mana ia ingin bertanding.
    ii) Berumur tidak kurang daripada dua puluh satu (21) tahun pada hari penamaan calon.
       
3. Hilang Kelayakan Menjadi Calon
    i) Didapati atau disahkan sebagai orang tidak sempurna akal;
    ii) Seseorang bankap yang belum lepas;
    iii) Seseorang yang memegang "jawatan berpendapatan";
    iv) Seseorang itu apabila telah dicalonkan untuk pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri atau menjadi Ejen Pilihan Raya kepada orang yang telah dicalonkan, dia telah gagal untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya seperti yang dikehendaki oleh undang-undang di dalam masa dan cara yang dikehendaki;
    v) Seseorang yang telah disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah di dalam Persekutuan (atau sebelum hari Malaysia di dalam kawasan-kawasan Sabah atau Sarawak atau Singapura) dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit Malaysia (RM2,000.00) dan belum menerima pengampunan;
    vi) Didapati telah mendapat kewarganegaraan atau telah menggunakan hak kewarganegaraan negara asing atau telah membuat pengakuan taat setia kepada mana-mana negara asing.
       
4. Deposit
  Undang-undang menetapkan seseorang yang ingin bertanding dalam pilihan raya dikehendaki mengemukan wang deposit yang ditetapkan seperti berikut:
    a)  Pilihan Raya Parlimen- RM10,000.00
    b) Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri- RM5,000.00
  Jika wang deposit tidak disertakan, kertas penamaannya dianggap sebagai tidak lengkap dan Pegawai Pengurus berkuasa untuk tidak menerima kertas penamaan tersebut.
       
5. Deposit Bahan Kempen Pilihan Raya
  Calon-calon hendaklah membayar deposit bahan kempen pilihan raya seperti berikut:
    a) Pilihan Raya Parlimen- RM5,000.00
    b) Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri- RM3,000.00
  Sekiranya calon gagal mengemukakan deposit bahan kempen adalah tidak dibenarkan untuk memasang atau mempamer sebarang bahan kempen pilihan raya. Jika disabit kesalahan di bawah Sekyen Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkaitan dengan pekara tersebut, Calon berkenaan boleh dihukum penjara selama tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.
       
6. Keistimewaan Untuk Seseorang Calon Pada Hari Mengundi
  Calon adalah dibenarkan melawat tempat-tempat berikut:
    i) Tempat mengundi/mengira undi.
    ii) Pusat mengira undi berpusat dan berkelompok.
    iii) Pusat pengeluaran, pembukaan dan pengiraan undi pos.
    iv) Pusat Penjumlahan Rasmi Undi.

PARTI YANG BERDAFTAR

PARTI YANG BERDAFTAR DENGAN SPR

 

LAMBANG

NAMA PARTI

 LAMBANG

NAMA PARTI

 LAMBANG

 NAMA PARTI

LAMBANG

NAMA PARTI

 

 

Barisan Nasional
(BN)

 

 

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB)

 

pkr

 

Parti Keadilan Rakyat (PKR)

 

 

Parti Islam Se Malaysia (PAS)

 

 

Parti Rakyat Malaysia
(PRM)

 

 

Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu
(UPKO)

 

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA)

 

dap

 

Parti Tindakan Demokratik (DAP)

 

 

 

Parti Liberal Demokratik (LDP)

 

PPP

 

Parti Progresif Penduduk Malaysia
(PPP)

Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA)
Malaysia United People’s Party (MUPP)

Parti Maju Sabah (SAPP)

 

 STAR

 

Parti Reformasi Negeri
Sarawak (STAR)

 

 

Parti Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA)

 

parti_SWP

 

Parti Pekerja Sarawak (SWP)


 

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN)

 

Parti Barisan India Se-Malaysia (AMIPF)

 

Parti Punjabi Malaysia (PPM)

 

Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO)

 

Parti Amanah Negara (AMANAH)

 

supp

 

Sarawak United People’s Party (SUPP)

sdpd

 

Parti Demokratik  Progresif Sarawak (SPDP)

 

mic

 

Parti Kongres India Malaysia (MIC)

 

pbs

 

Parti Bersatu Sabah (PBS)

 

 

Barisan Jemaah Islamiah
Se-Malaysia (BERJASA)

 

Parti Persatuan Cina Malaysia (MCA)

 

Parti Kongres
Ceylonese Malaysia

 

mmsp

 

Parti MakkalSakti
Malaysia (M.M.S.P)

 

 

Parti Sosialis Malaysia
(PSM)

 

PRS

 

Parti Rakyat Sarawak (PRS)

 

Parti Cinta Malaysia
(PCM)

 

 

Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS)

 

 

Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu 
(USNO)

 

 

Parti Kerjasama Rakyat Sabah
(PAKAR)

 

Parti Rakyat Gabungan Jaksa Pendamai
(Peace Party-Sarawak)

 

 

Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS)

 

 

 

Parti Kebangsaan Sabah (PKS)

 
 

 

Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah
(SAPU)

 

 

Parti Rakyat Bersatu
(UPP)

 

 

 

Parti Bansa Dayak Sarawak Baru
(PBDSB)

 

 

 

 

Parti Alternatif Rakyat (PAP) 

 
 

 

 

Parti Cinta Sabah

 

 

 

Parti Warisan Sabah (WARISAN)

 

 

 

 

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

 

 

 

 

Parti Solidariti Tanah Airku

 
 

 

 

Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JUMLAH : 46 PARTI BERDAFTAR


FAKTA-FAKTA UMUM UNTUK PARTI POLITIK

1. Deposit
  i) Deposit Pilihan Raya :
    Parlimen : RM 10,000
    DUN : RM 5,000
     
  ii) Deposit Bahan Kempen :
    Parlimen : RM 5,000
    DUN : RM 3,000
     
  Kedua-dua deposit pilihanraya dan deposit bahan kempen boleh dibayar di Pusat Penamaan Calon atau di Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Bahagian Pilihan Raya berkenaan.

SIMBOL-SIMBOL CALON BEBAS

SIMBOL - SIMBOL CALON BEBAS