Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

Sudah Daftar

Heading

Heading

Daftar pemilih tambahan disediakan setiap suku tahun dan setiap daftar pemilih tambahan diperakukan apabila selesainya urusan pameran, tuntutan dan bantahan. Tempoh urusan pendaftaran dan penyediaan daftar pemilih bagi setiap suku tahun jelas menunjukkan proses ini.

  1. Tempoh Penerimaan Borang Pendaftaran Pemilih (Borang A) dan Proses Pendaftaran Suku Pertama : 1 Januari hingga 31 Mac
  2. Tempoh Penerimaan Borang Pendaftaran Pemilih (Borang A) dan Proses Pendaftaran Suku Kedua: 1 April hingga 30 Jun
  3. Tempoh Penerimaan Borang Pendaftaran Pemilih (Borang A) dan Proses Pendaftaran Suku Ketiga: 1 Julai hingga 30 September
  4. Tempoh Penerimaan Borang Pendaftaran Pemilih (Borang A) dan Proses Pendaftaran Suku Keempat: 1 Oktober hingga 31 Disember

 

Selepas tamat sesuatu suku tahun, masa yang diambil untuk memperakukan Daftar Pemilih Tambahan bagi suku tahun berkenaan adalah enam (6) hingga lapan (8) minggu. Hanya selepas daftar pemilih tersebut diperakukan barulah ia boleh digunakan dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.

Maklumat yang boleh diperbetulkan adalah seperti yang berikut:

  1. Nombor kad pengenalan (MyKad, My Tentera atau Nombor Badan) pemilih;
  2. Nama pemilih;
  3. Jantina pemilih;
  4. Agama pemilih
  5. Alamat pemilih; dan
  6. Lokaliti pemilih.

 

Sekiranya pemilih itu menyemak namanya dalam daftar pemilih dan mendapati terdapat kesilapan pada maklumatnya maka, beliau perlulah mengemukakan aduan rasmi secara bertulis kepada SPR meminta supaya maklumat tersebut diperbetulkan dengan melampirkan bukti-bukti yang jelas berhubungan dengan kesilapan tersebut dan sumber untuk pembetulan. Pengundi adalah bertanggungjawab untuk memaklumkan SPR berhubungan dengan kesilapan maklumat-maklumat dalam daftar pemilih. Untuk membuat aduan berkaitan pembetulan maklumat pemilih, sila klik di sini.

Mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, salah satu fungsi SPR adalah untuk mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih supaya mereka dapat menyertai proses memilih wakil untuk menyuarakan pendapat mereka dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Urusan pendaftaran ini telah dilaksanakan oleh SPR semenjak ia ditubuhkan tanpa gagal. Urusan yang dahulunya dilakukan secara bermusim iaitu setahun sekali selama antara 21 hingga 42 hari, kini dibuka setiap hari untuk sepanjang tahun sejak 16 Julai 2002.

Adalah menjadi hak setiap warganegara yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri. Sebelum anda dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, anda perlulah mendaftarkan nama anda sebagai pemilih. Anda tidak boleh mengundi sekiranya nama anda tidak disenaraikan dalam daftar pemilih.

SPR menjalankan dua (2) jenis pendaftaran pemilih iaitu:

  1. Pendaftaran Baru:
    • pendaftaran pemilih buat pertama kali.
  2. Pendaftaran Tukar Bahagian Pilihan Raya:
    • permohonan pemilih berdaftar untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. Sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru dan mendaftarkan pertukaran alamat tersebut di SPR, maka Bahagian Pilihan Raya beliau akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat baru itu.

Mengikut undang-undang pilihan raya, SPR boleh mendaftarkan dua (2) jenis pemilih iaitu:

  1. Pengundi Biasa:
    • Pengundi biasa adalah pemilih berdaftar yang perlu hadir untuk mengundi di pusat-pusat mengundi semasa pilihan raya.
  2. Pengundi Tidak Hadir (PTH) :
    • Pengundi Tidak Hadir adalah golongan pemilih yang dinyatakan dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, iaitu, anggota tentera dan pasangan, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya.