Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN DISEMBER 2021 (DPT BLN12/2021)

Heading

Heading

DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN DISEMBER 2021 (DPT BLN12/2021)

  1.  DPT BLN12/2021 telah diperaku dan diwartakan pada 14 Januari 2022 dan dibuka untuk semakan selama 6 bulan mulai 14 Januari 2022 hingga 13 Julai 2022.

  2.  DPT BLN 12/2021 ini mengandungi seperti berikut:

    1. 5,718,760 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas sehingga 31 Disember 2021 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu;
    2. 25,220 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya;
    3. 9,293 orang pemilih bertukar status/kategori pengundi.
    4. DPT BLN12/2021 boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:
      1. Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my; atau https://mysprsemak.spr.gov.my;
      2. Aplikasi mudah alih MySPR Semak;
      3. Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my; atau
      4. Hotline SPR di talian 03-8892 7018.
    1.  Dalam tempoh semakan ini, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas sehingga 31 Disember 2021 atau pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status/kategori pengundi yang mendapati namanya tiada dalam DPT BLN12/2021 boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.

    2. Seorang pembantah dibenarkan membantah tidak boleh melebihi 20 nama dengan bayaran fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB).
    3. TUNTUTAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja. Tiada bayaran fi dikenakan bagi tuntutan.

    1. Dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, hendaklah mengisi Borang D.

    2. Seorang pembantah dibenarkan membantah tidak boleh melebihi 20 nama dengan bayaran fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB).
    3. Pembantah hendaklah hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja untuk mengemukakan Borang D serta bayaran fi bagi bantahan tersebut.