Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

SEMAKAN PRA-PENDAFTARAN PEMILIH AUTOMATIK (SPPA)

Heading

Heading

MySPR Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (MySPR SPPA)

URUSAN SEMAKAN PRA-PENDAFTARAN PEMILIH AUTOMATIK (SPPA)

Semakan Pra-Pendaftaran pemilih Automatik (SPPA) memberi peluang kepada 5.8 juta orang bakal pemilih iaitu warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang akan didaftarkan sebagai pemilih untuk menyemak dan mengesahkan maklumat mereka dengan SPR. Semakan boleh dibuat melalui 2 kaedah berikut:

(a)          Membuat semakan menggunakan aplikasi MySPR SPPA di pautan https://mysprsppa.spr.gov.my; atau

(b)          Hadir ke 604 tempat semakan SPPA di seluruh negara dan mengimbas Kod QR Bahagian Pilihan Raya Parlimen yang diletakkan.

Tempoh semakan ini adalah mulai 1 hingga 31 Oktober 2021. Sekiranya bakal pemilih tidak lagi tinggal di alamat yang dipaparkan, bakal pemilih dinasihatkan untuk mengemaskini alamat kad pengenalan mereka di Jabatan Pendaftaran Negara selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2021.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai SPPA ini, orang ramai boleh hubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018.