Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

Permohonan Undi Pos Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.43 Nenggiri, Kelantan

Heading

Heading

PERMOHONAN UNDI POS PILIHAN RAYA KECIL (PRK) DEWAN NEGERI N.43 NENGGIRI, KELANTAN

 

1.PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1A (DALAM NEGARA)

 

Permohonan undi pos Kategori 1A (Dalam Negara) adalah untuk pemilih-pemilih dalam kategori berikut:

  1. Ahli / Pegawai SPR;
  2. Petugas Pilihan Raya;
  3. Petugas Media yang membuat liputan berkaitan pilihan raya;
  4. Anggota Tentera yang tidak dapat hadir untuk mengundi pada Hari Mengundi Awal; dan
  5. Anggota Polis yang tidak dapat hadir untuk mengundi pada Hari Mengundi Awal.

 

KAEDAH MEMOHON KATEGORI 1A:

Anggota Polis Anggota Tentera, Ahli/Pegawai SPR, Petugas Pilihan Raya dan Petugas Media yang membuat liputan berkaitan pilihan raya hendaklah mendaftar akaun MySPR dan memohon undi pos di https://myspr.spr.gov.my/login.

 

2. PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B (LUAR NEGARA) – ONLINE

 

Permohonan undi pos Kategori 1B (Luar Negara) adalah untuk pemilih-pemilih dengan syarat-syarat seperti berikut:

  1. Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di Bahagian Pilihan Raya Dewan Negeri N.43 Nenggiri, Kelantan; dan
  2. Tinggal di luar negara.

 

KAEDAH MEMOHON KATEGORI 1B:

Mendaftar akaun MySPR dan memohon undi pos di https://myspr.spr.gov.my/login

 

3.PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1C (AGENSI/ORGANISASI) – ONLINE

Permohonan undi pos Kategori 1C (Agensi/Organisasi) adalah untuk pemilih-pemilih dengan syarat-syarat seperti berikut:

  1. Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya;
  2. Merupakan anggota Agensi/Organisasi berikut:
  1. Anggota Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (PVR);
  2. Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia;
  3. Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM);
  4. Anggota Jabatan Penjara Malaysia;
  5. Anggota Jabatan Kesihatan;
  6. Anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM);
  7. Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM);
  8. Anggota Agensi Pengurusan Bencana Malaysia (NADMA);
  9. Anggota Jabatan Pendaftaran Negara – Urban Transformation Centre (UTC); atau
  10. Tenaga Nasional Berhad (TNB).
  1. Tidak dapat hadir mengundi kerana bertugas pada Hari Mengundi.

 

KAEDAH MEMOHON KATEGORI 1C:

Mendaftar akaun MySPR dan memohon undi pos di https://myspr.spr.gov.my/login

 

- Panduan Permohonan Undi Pos Kategori 1C

 

Tarikh Tutup Permohonan Kategori 1C: 23 Julai 2024 (Selasa)

 

 

PERTANYAAN BERKENAAN UNDI POS:

Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP) / Call Centre SPR

 

Aras 5, Menara SPR

No.2, Jalan P2T, Presint 2

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62100 PUTRAJAYA

Tel : +603 8892 7080 / +603-8892 7218

Faks : +603 8892 7361 / 7360

Email : upup@spr.gov.my