PERMOHONAN UNDI POS PILIHAN RAYA KECIL (PRK) DEWAN NEGERI N.29 MAHKOTA, JOHOR
1.PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1A (DALAM NEGARA)
Permohonan undi pos Kategori 1A (Dalam Negara) adalah untuk pemilih-pemilih dalam kategori berikut:
- Ahli / Pegawai SPR;
- Petugas Pilihan Raya;
- Petugas Media yang membuat liputan berkaitan pilihan raya;
- Anggota Tentera yang tidak dapat hadir untuk mengundi pada Hari Mengundi Awal; dan
- Anggota Polis yang tidak dapat hadir untuk mengundi pada Hari Mengundi Awal.
KAEDAH MEMOHON KATEGORI 1A:
Anggota Polis Anggota Tentera, Ahli/Pegawai SPR, Petugas Pilihan Raya dan Petugas Media yang membuat liputan berkaitan pilihan raya hendaklah mendaftar akaun MySPR dan memohon undi pos di https://myspr.spr.gov.my/login.
- Panduan Permohonan Undi Pos Kategori 1A (online) - Anggota Polis dan Tentera
Tarikh Tutup Permohonan Kategori 1A: 11 September 2024 (Rabu)
2. PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B (LUAR NEGARA) – ONLINE
Permohonan undi pos Kategori 1B (Luar Negara) adalah untuk pemilih-pemilih dengan syarat-syarat seperti berikut:
- Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di Bahagian Pilihan Raya Dewan Negeri N.29 Mahkota, Johor; dan
- Tinggal di luar negara.
KAEDAH MEMOHON KATEGORI 1B:
Mendaftar akaun MySPR dan memohon undi pos di https://myspr.spr.gov.my/login
- Panduan Permohonan Undi Pos Kategori 1B (Bahasa Malaysia)
- Postal Vote Online Application Guide (Category 1B) (English)
Tarikh Tutup Permohonan Kategori 1B: 26 Ogos 2024 (Isnin)
3.PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1C (AGENSI/ORGANISASI) – ONLINE
Permohonan undi pos Kategori 1C (Agensi/Organisasi) adalah untuk pemilih-pemilih dengan syarat-syarat seperti berikut:
- Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya;
- Merupakan anggota Agensi/Organisasi berikut:
- Anggota Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (PVR);
- Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia;
- Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM);
- Anggota Jabatan Penjara Malaysia;
- Anggota Jabatan Kesihatan;
- Anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM);
- Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM);
- Anggota Agensi Pengurusan Bencana Malaysia (NADMA);
- Anggota Jabatan Pendaftaran Negara – Urban Transformation Centre (UTC); atau
- Tenaga Nasional Berhad (TNB).
- Tidak dapat hadir mengundi kerana bertugas pada Hari Mengundi.
KAEDAH MEMOHON KATEGORI 1C:
Mendaftar akaun MySPR dan memohon undi pos di https://myspr.spr.gov.my/login
PERTANYAAN BERKENAAN UNDI POS:
Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP) / Call Centre SPR
Aras 5, Menara SPR
No.2, Jalan P2T, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
Tel : +603 8892 7080 / +603-8892 7218
Faks : +603 8892 7361 / 7360
Email : upup@spr.gov.my