Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

PERMOHONAN UNDI POS

Heading

Heading

PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1A (DALAM NEGARA)

Permohonan undi pos Kategori 1A (Dalam Negara) adalah untuk pemilih-pemilih dalam kategori berikut:

  1. Ahli / Pegawai SPR;
  2. Petugas Pilihan Raya;
  3. Petugas Media yang membuat liputan berkaitan pilihan raya;
  4. Anggota Tentera yang tidak dapat hadir untuk mengundi pada Hari Mengundi Awal; dan
  5. Anggota Polis yang tidak dapat hadir untuk mengundi pada Hari Mengundi Awal.

 

    KAEDAH MEMOHON KATEGORI 1A:

    Sila kemukakan Borang 1A yang telah lengkap diisi kepada Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya di mana pengundi akan mengundi

 

PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B (LUAR NEGARA) –  ONLINE

Permohonan undi pos Kategori 1B (Luar Negara) adalah untuk pemilih-pemilih dengan syarat-syarat seperti berikut:

  • Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya; dan 
  • Bermastautin di luar negara.

Syarat-syarat kelayakan pengundi pos Kategori 1B (Luar Negara) seperti yang dilaksanakan sebelum ini telah dimansuhkan:

  • Bermaustatin di luar negara kecuali di Wilayah Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; dan
  • Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh lima (5) tahun sebelum tarikh pembubaran Dewan Negeri yang sedang berkuat kuasa.

KAEDAH MEMOHON KATEGORI 1B:

 

  1. Mendaftar akaunMySPR Daftar di https://myspr.spr.gov.my/login.
  2. Memohon undi pos melalui MySPR.

 

 

PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1C (AGENSI/ORGANISASI) – ONLINE 

       Permohonan undi posKategori 1C (Agensi/Organisasi) adalah untuk pemilih-pemilih dengan syarat-syarat seperti berikut:

  • Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya;
  • Merupakan anggota Agensi/Organisasi berikut:
    • Anggota Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (PVR);
    • Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia;
    • Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM);
    • Anggota Jabatan Penjara Malaysia;
    • Anggota Jabatan Kesihatan;
    • Anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM);
    • Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM);
    • Anggota Agensi Pengurusan Bencana Malaysia (NADMA);
    • Anggota Jabatan Pendaftaran Negara – Urban Transformation Centre (UTC); atau
    • Tenaga Nasional Berhad (TNB).
  • Tidak dapat hadir mengundi kerana bertugas pada Hari Mengundi.

 

KAEDAH MEMOHON KATEGORI 1C: 

  1. Mendaftar akaun MySPR Daftar di https://myspr.spr.gov.my/login
  2. Memohon Undi Pos melalui MySPR.

 

 

PENGUNDI TIDAK HADIR (PTH) LUAR NEGARA

 

Pengundi yang telah didaftarkan sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara dalam kategori berikut:

  • Penjawat awam yang bertugas di luar negara dan pasangannya; dan
  • Pelajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi di luar negara dan pasangannya.

 

PTH Luar Negara adalah pengundi pos secara automatik (tidak perlu memohon undi pos) dan tidak boleh mengundi secara biasa pada Hari Mengundi.

Status PTH Luar Negara boleh disemak melalui aplikasi telefon mudah alih "MySPR Semak" atau di portal di portal: https://mysprsemak.spr.gov.my/ 

 

INFOGRAFIK DAN MAKLUMAT TAMBAHAN BERKENAAN UNDI POS:

 

PERTANYAAN BERKENAAN UNDI POS:

Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP)

 

Aras 5, Menara SPR

No.2, Jalan P2T, Presint 2

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62100 PUTRAJAYA

Tel : +603 8892 7080

Faks : +603 8892 7361 / 7360

Email : upup@spr.gov.my