Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

PERMOHONAN PROGRAM PEMERHATI PILIHAN RAYA BAGI PRK DEWAN NEGERI N.43 NENGGIRI, KELANTAN

Heading

Heading

Objektif program Pemerhati :

  1. Membina keyakinan awam terhadap ketelusan dan integriti penjalanan pilihan raya yang dilaksanakan oleh SPR;
  2. Membina kepercayaan dalam proses demokrasi;
  3. Menghalang dari berlakunya manipulasi dan penipuan melalui pemerhatian pihak ketiga yang tidak memihak kepada mana-mana pihak dengan melakukan semak dan imbang; dan
  4. Membawa penambahbaikan kepada proses pilihan raya berdasarkan laporan dan cadangan dari pemerhati.

Nota

  • Permohonan mula dibuka pada  28 Jun 2024 dan ditutup pada 18 Julai 2024.
  • Sebarang permohonan yang diterima lewat tidak akan diproses.

 Terbuka kepada : -

  1. Agensi Kerajaan;
  2. Organisasi NGO / CSO berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (terhad kepada syarikat yang tidak berorientasikan keuntungan);
  3. Berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

Nota: Program ini tidak terbuka kepada Individu

Syarat-syarat kelayakan : -

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas;
  2. Tidak disabitkan kesalahan oleh mahkamah;
  3. Tidak bankrap;
  4. Tidak memegang jawatan dalam mana-mana parti politik;
  5. Dapat bekerjasama dan mengamalkan sikap berkecuali;
  6. WAJIB menghadiri latihan yang disediakan; dan
  7. Organisasi boleh menghantar maksimum 6 orang Pemerhati bagi PRK ini.

 

Nota

  • Tiada ganjaran kewangan akan diberikan.
  • Latihan dan taklimat disediakan kepada pemerhati yang dilantik.

 

 Skop Pemerhatian

  1. Proses Penamaan Calon;
  2. Proses Pengeluaran Kertas Undi Pos;
  3. Kempen Pilihan Raya;
  4. Proses Pengundian Awal;
  5. Proses Semakan Isi Peti Undi Biasa;
  6. Proses Pengundian Biasa;
  7. Proses Pengiraan Undi Awal;
  8. Proses Pengiraan Undi Pos;
  9. Proses Pengiraan Undi; dan
  10. Proses Penjumlahan Rasmi Undi dan Pengumuman Keputusan Pilihan Raya .

Dokumen yang diperlukan

  1. Salinan sijil pendaftaran SSM/ROS;
  2. Laporan aktiviti;
  3. Profil pertubuhan;
  4. Perlembagaan pertubuhan (berdaftar di bawah ROS);
  5. Surat Permohonan;
  6. Maklumat penyandang jawatan-jawatan utama dalam organisasi
  7. Lampiran A (Borang Permohonan)
  8. Lampiran B (Kod Etika dan Akujanji) 

 

Nota :

Pengecualian dokumen [1, 2, 3 dan 4] kepada agensi kerajaan yang menyertai program ini.

Agensi Kerajaan Diwajibkan untuk melampirkan surat permohonan daripada Ketua Jabatan peringkat negeri atau persekutuan

 Panduan Permohonan: -

  1. Rujuk bahagian LAMAN DOKUMEN DIPERLUKAN dan muat turun borang-borang yang disediakan;
  2. Isikan Lampiran A- Borang permohonan berserta Lampiran B - Kod Etika dan Aku Janji;
  3. E-melkan semua dokumen yang telah lengkap di isi kepada pemerhati@spr.gov.my (pemohon perlu memastikan setiap emel yang dihantar mengandungi saiz dokumen tidak melebihi 10 MB).

Nota :

  • Permohonan mula dibuka pada 28 Jun 2024  dan ditutup pada 18 Julai 2024 .
  • Sebarang permohonan yang diterima lewat tidak akan diproses.