Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

PILIHAN RAYA KECIL P.067 KUALA KANGSAR

Heading

Heading

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat pada 09 Mei 2016 berhubung dengan kekosongan kerusi bahagian pilihan raya Parlimen P.067 Kuala Kangsar, Perak berikutan kematian penyandangnya, Yang Berhormat Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad akibat nahas tragedi helikopter pada 5 Mei 2016 di Sebuyau, Sarawak. Sehubungan dengan itu, SPR yang mengadakan mesyuarat khasnya pada 13 Mei 2016 (Jumaat) telah menetapkan tarikh-tarikh seperti berikut :-

Tarikh Pengeluaran Writ : 13 MEI 2016
Tarikh Notis Pilihan Raya : 14 MEI 2016
Tarikh Penamaan Calon : 5 JUN 2016
Tarikh Pengundian Awal : 14 JUN 2016
Tarikh Pengundian Biasa : 18 JUN 2016

Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2015 yang dikemaskini sehingga 07 Mei 2016 yang diperakui dan diwartakan pada 17 Mei 2016. Daftar Pemilih tersebut mengandungi 32,949 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 32,632 pengundi biasa, 312 pengundi awal dan lima ( 5 ) orang Pemilih Tidak Hadir Luar Negara

Penyata Pengundian Selepas Penjumlahan Rasmi Undi (Borang 16)