Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

PILIHAN RAYA KECIL P.044 PERMATANG PAUH

Heading

Heading

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat pada 01 April 2015 berhubung dengan kekosongan kerusi bahagian pilihan raya Parlimen P.044 Permatang Pauh, Pulau Pinang berikutan penyandangnya, Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan beliau pada 16 Mac 2015 bersabit hukuman penjara yang dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan. Sehubungan dengan itu, SPR yang mengadakan mesyuarat khasnya pada 8 April 2015 telah menetapkan tarikh-tarikh seperti berikut :-

Tarikh Pengeluaran Writ : 8 APRIL 2015
Tarikh Notis Pilihan Raya : 8 APRIL 2015
Tarikh Penamaan Calon : 25 APRIL 2015
Tarikh Pengundian Awal : 3 MEI 2015
Tarikh Pengundian Biasa : 7 MEI 2015

Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2013 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan sehingga Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga Tahun 2014 dan dikemaskini sehingga 01 April 2015. Daftar Pemilih tersebut mengandungi 71,890 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 71,252 pemilih biasa, 627 pemilih awal dan 11 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Penyata Pengundian Selepas Penjumlahan Rasmi Undi (Borang 16)