Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

PILIHAN RAYA KECIL N.06 CHEMPAKA

Heading

Heading

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 15 Februari 2015 berhubung dengan kekosongan kerusi bahagian pilihan raya Dewan Undangan Negeri N.06 Chempaka, Kelantan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat pada 12 Februari 2015. Berikutan daripada kematian wakil rakyat tersebut, SPR yang mengadakan mesyuarat khasnya pada 18 Februari 2015 telah menetapkan tarikh-tarikh seperti berikut :-

Tarikh Pengeluaran Writ : 18 FEBRUARI 2015
Tarikh Notis Pilihan Raya :18 FEBRUARI 2015
Tarikh Penamaan Calon : 10 MAC 2015
Tarikh Pengundian Awal : 18 MAC 2015
Tarikh Pengundian Biasa : 22 MAC 2015

Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2013 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan sehingga Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga Tahun 2014, dan dikemaskini sehingga 12 Februari 2015. Daftar Pemilih tersebut mengandungi 21,890 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 20,390 pemilih biasa, 1,497 pemilih awal dan 3 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Penyata Pengundian Selepas Penjumlahan Rasmi Undi (Borang 16)