Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

PILIHAN RAYA KECIL N.01 PENGKALAN KUBOR

Heading

Heading

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Kelantanpada 24 Ogos 2014 (Ahad) berhubung dengan kekosongan kerusi Bahagian Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Pengkalan Kubor, Kelantan berikutan kematian penyandangnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yang Berhormat Dato’ Haji Noor Zahidi bin Haji Omar, pada 20 Ogos 2014.

Sehubungan dengan itu, SPR telah mengadakan Mesyuarat Khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan Pilihan Raya Kecil DUN N.01 Pengkalan Kubor, Kelantan pada 29 Ogos (Jumaat), jam 09.00 pagi bertempat di Ibu Pejabat SPR, Putrajaya. Mesyuarat Khas itu telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof, Pengerusi SPR yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting seperti tarikh Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian Awal, Hari Pengundian Biasa, Daftar Pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya kecil itu dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya kecil itu.

Bagi menjalankan Pilihan Raya Kecil N.01 Pengkalan Kubor, SPR telah menetapkan tarikh-tarikh seperti yang berikut:

Tarikh Keluar Writ : 29 Ogos 2014 (Jumaat)
Tarikh Notis Pilihan Raya : 30 Ogos 2014 (Sabtu)
Tarikh Penamaan Calon : 13 September 2014 (Sabtu)
Tarikh Pengundian Awal : 21 September 2014 (Ahad)
Tarikh Pengundian Biasa : 25 September 2014 (Khamis)

Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2013 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Pertama Tahun 2014, yang telah dikemaskini sehingga 20 Ogos 2014. Daftar Pemilih tersebut mengandungi 24,039 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 23,929 pemilih biasa, 109 pemilih awal dan 1 orang pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Penyata Pengundian Selepas Penjumlahan Rasmi Undi (Borang 16)