Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

PILIHAN RAYA KECIL P.94 HULU SELANGOR

Heading

Heading

Pilihan Raya Kecil P.94 Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Y.B Dato' Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad pada 25 Mac 2010.Berikutan daripada kematian wakil rakyat tersebut, SPR yang mengadakan mesyuarat khasnya pada 2 April 2010 telah menetapkan tarikh-tarikh pilihan raya seperti berikut :-

Tarikh kekosongan disahkan : 26 Mac 2010
Tarikh Pengeluaran Writ : 2 April 2010
Tarikh Pengeluaran Notis : 5 April 2010
Tarikh Penamaan Calon : 17 April 2010
Tarikh Pilihan Raya : 25 April 2010

Daftar Pemilih yang digunakan ialah ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) yang telah dikemaskini sehingga 26 Mac 2010 yang mengandungi 64,500 orang pemilih, terdiri daripada 63,701 pemilih biasa dan 799 pemilih pos.

Penyata Pengundian Selepas Penjumlahan Rasmi Undi (Borang 16)