Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

Pengundi Awal

Heading

Heading

Bagi anggota Tentera dan pasangan serta anggota Polis & dan pasangan bagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

1. Sebelum Pilihan Raya
• Semak butiran peribadi pengundi dalam daftar pemilih melalui Portal SPR, Portal rasmi Pejabat Pilihan Raya Negeri, aplikasi dalam talian (MySPR), aplikasi mudah alih MySPR Semak atau melalui Hotline SPR.

• Selepas pembubaran Parlimen/DUN, semak lokasi pusat mengundi awal dan tempat mengundi (saluran) yang telah ditetapkan kepada anda.

2. Semasa Tempoh Berkempen
• Kenalilah calon anda semasa tempoh ini.

• Anda juga boleh terlibat dalam aktiviti berkempen untuk calon yang anda sukai dengan syarat sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

3. Semasa Hari Pengundian
• Datang awal ke Pusat Mengundi Awal.

• Dapatkan slip saluran mengundi di Barong Semakan Daftar Pemilih SPR. Sekiranya nombor saluran mengundi telah diketahui, pengundi boleh terus ke saluran mengundi tanpa perlu ke Barong Semakan Daftar Pemilih terlebih dahulu.

• Beratur dengan senyap di saluran mengundi anda.

• Apabila tiba giliran dan dibenarkan masuk ke saluran mengundi, sila patuhi prosedur mengundi yang telah ditampal di pintu masuk saluran.

• Segera beredar selepas mengundi.

Semua pengundi awal dikehendaki hadir ke Pusat Mengundi Awal yang telah ditetapkan untuk mengundi dan tidak boleh mengundi pada Hari Mengundi biasa.