Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

Bagaimana Mengundi Pos Dalam dan Luar Negara

Heading

Heading

BAGAIMANA MEMOHON UNDI POS DALAM NEGARA

Bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Media dan Petugas Pilihan Raya, permohonan kertas undi pos perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan/majikan masing-masing. Ketua Jabatan ATM, PDRM akan melantik Pegawai Penyelaras atau Pegawai Yang Bertanggungjawab (PYB) untuk menyelaraskan permohonan undi pos di Jabatan masing-masing.

Bagi anggota ATM, dan PDRM, Borang 1A yang telah dilengkapkan perlu dikemukakan untuk pengesahan daripada Ketua Jabatan. Selepas mendapat pengesahan Ketua Jabatan, borang tersebut perlu dihantar kepada PYB. Adalah menjadi tanggungjawab PYB untuk mengemukakan borang-borang tersebut ke pejabat Pegawai Pengurus yang berkaitan

Bagi petugas media, Borang 1A yang telah siap diisi perlu dikemukakan untuk pengesahan daripada majikan. Selepas mendapat pengesahan majikan, borang tersebut perlu dikemukakan ke pejabat Pegawai Pengurus. Alamat pejabat Pegawai Pengurus boleh didapati di laman web SPR.

Bagi Petugas Pilihan Raya, Borang 1A yang telah dilengkapkan perlu dikemukakan untuk perakuan daripada Pegawai Pengurus di Bahagian Pilihan Raya di mana beliau bertugas. Pegawai Pengurus tersebut perlu mengemukakan permohonan yang telah diperakukan ke pejabat Pegawai Pengurus di mana Petugas Pilihan Raya tersebut mengundi.

Tarikh buka dan tutup permohonan undi pos dalam negara bagi satu-satu pilihan raya akan dimaklumkan melalui laman web SPR.

 

BAGAIMANA MEMOHON UNDI POS LUAR NEGARA

Warganegara Malaysia yang telah layak mengundi dan bermastautin di luar negara boleh memohon untuk mengundi secara pos. Permohonan perlu dilakukan secara atas talian (online) di portal MySPR melalui pautan berikut: https://myspr.spr.gov.my/login. Garis panduan untuk memohon undi pos secara atas talian (online) pula boleh dimuat turun di laman web SPR.

Syarat-syarat kelayakan pengundi pos Kategori 1B (Luar Negara) seperti yang dilaksanakan sebelum ini telah dimansuhkan:

  • Bermastautin di luar negara kecuali di Wilayah Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; dan
  • Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh lima (5) tahun sebelum tarikh pembubaran Dewan Rakyat/Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa.

Tarikh buka dan tutup permohonan undi pos luar negara bagi satu-satu pilihan raya akan dikemaskini dan dimaklumkan melalui laman web SPR apabila berlangsungnya pilihan raya tersebut.