Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

Kategori Pengundi Pos Dalam Negara Dan Luar Negara

Heading

Heading

KATEGORI PENGUNDI POS DALAM NEGARA

TENTERA

Anggota tentera dan pasangan dikehendaki untuk mengundi semasa Hari Mengundi Awal. Namun bagi anggota yang tidak dapat hadir semasa Hari Mengundi Awal kerana bertugas , mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos.

POLIS

Sebagaimana anggota tentera, anggota PDRM dan pasangan Pasukan Gerakan Am (PGA) dikehendaki untuk mengundi semasa Hari Mengundi Awal. Namun bagi anggota yang tidak dapat hadir semasa Hari Mengundi Awal kerana bertugas, mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos.

PETUGAS MEDIA

Anggota media yang bertugas membuat liputan penjalanan pilihan raya di luar kawasan juga boleh memohon untuk mengundi secara pos. Mereka perlu mengemukakan permohonan melalui majikan masing-masing.  

PETUGAS PILIHAN RAYA

Selain Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dan pegawai-pegawai SPR, petugas-petugas pilihan raya yang dilantik membantu SPR melaksanakan pilihan raya turut diberikan kemudahan untuk memohon mengundi secara pos, terutamanya bagi mereka yang terpaksa mengundi di luar Pusat Mengundi di mana mereka ditetapkan bertugas.

ANGGOTA / PEGAWAI 9 AGENSI KERAJAAN

Anggota/pegawai dari Agensi/Organisasi yang telah diluluskan untuk mengundi pos oleh SPR yang bertugas semasa Hari Mengundi boleh memohon untuk mengundi secara pos. Agensi/Organisasi tersebut adalah:

  • Anggota Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (PVR);
  • Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia;
  • Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM);
  • Anggota Jabatan Penjara Malaysia;
  • Anggota Jabatan Kesihatan;
  • Anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM);
  • Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM);
  • Anggota Agensi Pengurusan Bencana Malaysia (NADMA); 
  • Anggota Jabatan Pendaftaran Negara – Urban Transformation Centre (UTC); dan
  • Anggota Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Permohonan undi pos oleh anggota dan pegawai dari Agensi ini perlu dilakukan secara atas talian (online) di portal MySPR melalui pautan berikut: https://myspr.spr.gov.my/login. Garis panduan untuk memohon undi pos secara atas talian (online) pula boleh dimuat turun di laman web SPR.

KATEGORI PENGUNDI POS LUAR NEGARA

WARGANEGARA MALAYSIA DI LUAR NEGARA

Warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pemilih bermastautin di luar negara adalah dibenarkan untuk memohon mengundi secara pos.

PELAJAR DI LUAR NEGARA DAN PASANGAN

Pelajar Malaysia di institusi pengajian tinggi sepenuh masa di luar negara dan pasangannya yang telah didaftarkan sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara adalah dikategorikan sebagai pengundi pos secara automatik. Mereka tidak perlu memohon untuk mengundi pos. Apabila telah kembali ke Malaysia, PTH Luar Negara perlu memohon kepada SPR untuk menukar status kepada pengundi biasa.

PENJAWAT AWAM DI LUAR NEGARA DAN PASANGAN

Kelayakan sebagai pengundi pos secara automatik ini juga diperuntukkan kepada penjawat awam yang bertugas di luar negara serta pasangannya yang telah didaftarkan sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH Luar Negara). Mereka tidak perlu memohon untuk mengundi pos. Apabila telah kembali ke Malaysia, PTH Luar Negara perlu memohon kepada SPR untuk menukar status kepada pengundi biasa.