Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

Pemerhati Pilihan Raya PRU DUN Sarawak Ke-12

Heading

Heading

Program pemerhati pilihan raya dilaksanakan bagi mempromosikan kepada umum ketelusan dan integriti pilihan raya di Malaysia.

Organisasi berkelayakan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Individu yang berkebolehan dipelawa untuk menyertai program Pemerhati Pilihan Raya bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-12.

Syarat Kelayakan

  1. Hanya individu yang mempunyai alamat bermastautin di Sarawak sahaja dibenarkan memohon sebagai Pemerhati; 
  2. Setiap organisasi boleh memilih mana-mana 82 bahagian pilihan raya DUN tertakluk kepada jumlah maksimum 2 orang Pemerhati bagi setiap DUN
  3. Setiap seorang pemerhati hanya dibenarkan untuk membuat pemerhatian dalam 1 DUN sahaja; 
  4. Warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun ke atas; 
  5. Setiap individu hendaklah menerima vaksinasi lengkap;  
  6. Bukan seorang yang telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah; 
  7. Bukan seorang bankrup yang belum dilepaskan;
  8. Bukan seorang yang memegang jawatan dalam mana-mana parti politik; dan
  9. Dapat bekerjasama dan mengamalkan sikap berkecuali.

 

NOTA

  • Kebenaran pergerakan rentas negeri ke Sarawak adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC).
  • Tiada ganjaran kewangan akan diberikan.
  • Latihan dan taklimat disediakan kepada pemerhati yang dilantik.
  • Laporan dan Borang Soal Selidik hasil pemerhatian akan diteliti bagi tujuan penambahbaikan.

 

 

 

Tarikh-tarikh yang telah ditetapkan bagi proses pilihan raya untuk program pemerhati Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-12

  

 

    

    

    

 

 

Dokumen Diperlukan

  1. Sijil SSM / ROS
  2. Surat Pengesahan Organisasi Berdaftar
  3. Laporan Aktiviti
  4. Profil Pertubuhan
  5. Perlembagaan Pertubuhan (Berdaftar Di Bawah ROS)
  6. Surat Permohonan (Cover Letter)
  7. Gambar
  8. Maklumat Jawatan Utama
  9. Sijil Vaksinasi
  10. Dokumen Lampiran A,B dan C di bahagian Muat Turun Borang

Klik Untuk Muat Turun

Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan melalui emel kepada pemerhati@spr.gov.my 
selewat-lewatnya pada 1 Disember 2021 (Rabu) jam 12.00 tengah hari.

Saiz maksimum dokumen yang dihantar melaui emel hendaklah tidak melebihi 10MB.

Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.