Heading

  
  • Heading

                  

Tarikh PRU14 Yang Ditularkan Adalah Tidak Benar

Heading

Heading

Berikutan penularan klip video mengenai pengumuman tarikh bagi Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) di media sosial ketika ini yang kononnya akan diadakan pada 13 Oktober 2017, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ingin menjelaskan bahawa tarikh tersebut bukanlah tarikh sebenar. Untuk makluman tarikh tersebut hanyalah digunakan bagi tujuan latihan dan simulasi kepada bakal-bakal petugas PRU14 semasa Program Taklimat kepada Pegawai-Pegawai Pegurus dan Penolong Pegawai Pengurus PRU14 Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan pada 31 Julai 2017.

2.   Sehubungan dengan itu, SPR berharap semua pihak tidak mempercayai dakwaan bahawa kononnya tarikh-tarikh PRU14 telah ditetapkan. SPR merasa kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab merakam dan menyebar video ini kepada umum sehingga menimbulkan kekeliruan dikalangan orang ramai mengenai tarikh PRU14.

3.  Untuk makluman, program taklimat mengenai PRU14 kepada semua bakal-bakal petugas PRU14 sedang dijalankan di seluruh Negara sejak awal tahun ini. Program ini merupakan sebahagian daripada proses persiapan SPR untuk memberi latihan dan memperkemaskan kemahiran setiap petugas dengan peranan dan tanggungjawab mereka bagi menghadapi PRU14 nanti.

Sekian dimaklumkan dan terima kasih. 

DATUK SERI MOHD HASHIM BIN ABDULLAH 

Pengerusi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia 

Putrajaya