Heading

  
  • Heading

                  

Tahniah dan Selamat Datang Dato' Awang Sahari bin E.M Nadzeer

Heading

Heading

Putrajaya, 18 Mac 2019 – Seluruh warga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Yang Berbahagia Dato’ Awang Sahari bin E.M Nadzreer yang merupakan ahli SPR yang terakhir melaporkan diri setelah mantan ahli-ahli SPR sebelum ini memendekkan tempoh perkhidmatan berkuatkuasa 1 Januari 2019

Yang Berbahagia Dato’ Awang Sahari bin E.M Nadzreer, berkelulusan B.A (Hons) Law & Politics, Subsidiary Course in Computer Science & Economic dari University of Keele, Staffordshire, United Kingdom. Beliau juga pernah  bertugas dengan pasukan Polis Diraja Malaysia bermula dari tahun 1978 sehingga 2016 dan merupakan mantan Timbalan Ketua Polis Negeri Sabah.

Kehadiran ahli-ahli SPR disambut oleh Tuan Azhar Azizan Harun, Pengerusi SPR dan pegawai-pegawai kanan. Warga kerja SPR berbangga dengan perlantikan ini dan percaya ianya akan membantu memacu SPR ke tahap yang lebih gemilang.