Heading

  
  • Heading

                  

SPR Anjur Forum “Make A Change, Lets Do It Together”

Heading

Heading

PUTRAJAYA, 18 JulaiSuruhanjaya Pilihan Raya telah menganjurkan satu majlis Forum Make a Change Lets Do It Together bertempat di PICC, Putrajaya baru-baru ini. Majlis tersebut dihadiri seramai 1000 tetamu terdiri daripada wakil jabatan kerajaan, NGO, wakil parti politik, wakil media serta pelajar dari institusi awam. Forum tersebut telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Liew Vui Keong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Forum pertama yang berlangsung pada jam 9 pagi itu telah diterajui oleh moderator Tuan Sayed Munawar Bin Sayed Mohd Mustar membincangkan topik Berubah Lapan Belas : Antara Trend, Kematangan dan Tanggungjawab. Panel yang terlibat terdiri daripada YB. Tuan Mohd Shahar Bin Abdullah, Ahli Parlimen Paya Besar. Ybrs. Tuan Azhar Azizan Harun, Pengerusi SPR serta YB Puan Young Syefura Binti Othman, ADUN Ketari. Forum kedua diwakili oleh ahli panel seperti YB. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Ahli Parlimen Ayer Hitam, YB Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa serta YB. Dato’ Hj Takiyuddin Hj Hassan, Ahli Parlimen Kota Bharu. Topik yang dibincangkan adalah Ke Arah Automatik : Keperluan Atau Kehendak Semasa? Majlis diteruskan dengan Forum Ketiga yang diterajui oleh Tuan Kamarul Bahrin Bin Haron, yang merupakan personaliti Astro Awani. Forum ketiga membincangkan mengenai Informed Voters : Tanggungjawab Siapa? Dibarisi oleh panel terdiri daripada YB Tn Hj. Muhammad Sanusi Bin Md Nor, ADUN Jeneri, YB Puan Juwairiya Zulkifli, ADUN Bukit Melawati dan Ybrs. Dr. Azmil Mohd Tayeb, Ahli akademik USM. Dalam Majlis yang sama Pengerusi SPR telah mengumumkan penambahbaikan SPR dalam Sistem Daftar Pemilih iaitu memperkenalkan aplikasi MySPR Daftar yang akan dilaksanakan pada masa akan datang bagi pendaftaran tukar alamat. Turut diadakan lawatan ke tapak pameran serta sidang media sejurus selepas majlis Forum berakhir.