Heading

  
  • Heading

                  

Pengerusi SPR Sampaikan Amanat Kepada Warga SPR

Heading

Heading

Putrajaya, 23 Mei –Sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Mei 2018 bersama Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim bin Abdullah pada hari ini telah menyampaikan amanat beliau kepada seluruh warga SPR di Ibu Pejabat.

Intipati amanat beliau adalah menyeru agar semua pegawai dan kakitangan segera membuat penambahbaikan dan mengambil iktibar melalui pengalaman Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang berlaku baru-baru ini. Meskipun pelbagai persepsi dan tohmahan dilemparkan memberi kesan terhadap imej SPR, namun semua pegawai dan kakitangan diharap tidak mudah melatah serta lemah semangat sebaliknya menjadikan ia sebagai satu pembakar semangat dalam memberikan perkhidmatan terbaik di masa akan datang.

Beliau turut menyarankan supaya semua pegawai memberi penekanan kepada peranan media sosial yang dilihat sebagai sumber penyampaian maklumat yang berkesan dan pantas. Mengakhiri ucapannya, YBhg. Tan Sri mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pegawai dan kakitangan SPR yang terlibat dalam menjayakan Pilihan Raya Umum Ke-14 baru-baru ini.

Majlis tersebut turut dihadiri olehTimbalan Pengerusi, YBhg Tan Sri Othman Haji Mahmood, Ahli-Ahli Suruhanjaya serta Setiausaha SPR yang baharu, YBhg Dato’ Mohamed Elias bin Abu Bakar, pegawai-pegawai kanan SPR serta warga SPR Ibu Pejabat.