Heading

  
  • Heading

                  

Pengerusi SPR Menghadap Ke Bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI

Heading

Heading

KUALA LUMPUR, 19 Jun– Majlis menghadap ke bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI telah disempurnakan pada hari ini bertempat di Istana Negara, Kuala Lumpur. Pengerusi SPR, Tuan Azhar Azizan hadir bersama Timbalan Pengerusi, Dr. Azmi Sharom serta Setiausaha SPR, Dato’ Mohamed Elias Bin Abu Bakar menghadap Yang Di-Pertuan Agong bagi menyembah maklum mengenai usaha-usaha reformasi dan penambahbaikan Proses Pilihan Raya di Malaysia. Turut dimaklumkan 6 Jawatankuasa Pelan Reformasi Pilihan Raya SPR iaitu Jawatankuasa Pendaftaran Pemilih, Jawatankuasa Persempadanan Pilihan Raya, Jawatankuasa Pengundi Tidak Hadir, Jawatankuasa Kesalahan Pilihan Raya, Jawatankuasa Proses Pilihan Raya dan Jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya yang dipengerusikan oleh Pengurusan Tertinggi SPR dengan tanggungjawab masing-masing. Selain itu, turut dinyatakan adalah penubuhan Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ab. Rashid Bin Ab Rahman, mantan Pegawai Awam. Turut dibentangkan mengenai cadangan pindaan menurunkan umur pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.