Heading

  
  • Heading

                  

Pengerusi SPR Adakan Pertemuan Bersama YB Dr. Maszlee Bin Malik Menteri Pendidikan Malaysia

Heading

Heading

Putrajaya, 08 Ogos – Pengerusi SPR telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Menteri Pendidikan pada hari ini dalam pertemuan bersama YB. Dr. Maszlee bin Malik. Turut serta adalah Setiausaha SPR dan Pegawai-pegawai Kanan SPR. Satu perbincangan telah diadakan berkenaan isu-isu semasa berhubung Pindaan 18 Tahun Menjadi Pengundi dan Pendaftaran Automatik, Sistem Pendaftaran Secara Online iaitu MySPR Daftar. Selain itu, turut dibincangkan berkaitan Program Pendidikan Pengundi bagi lepasan sekolah, Program Pendidikan Sivik bagi pelajar sekolah, Silibus Sejarah (Tingkatan 4) dan Pengajian Am (Tingkatan 6). Dalam pertemuan tersebut turut dibincangkan mengenai Cadangan Penganjuran Program “Road To School” dan Penganjuran Forum/ Dialog bersama Mahasiswa yang akan diadakan oleh pihak SPR bersama Kementerian Pendidikan.