Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

Majlis Aidilfitri SPR Disambut Meriah

Heading

Heading

PUTRAJAYA, 27 JUNMajlis Sambutan Hari Raya SPR bagi tahun 2018 telah berlangsung dengan meriah bertempat di Lobi Menara SPR. Disertai seramai 200 warga Ibu Pejabat dan Negeri, majlis turut dihadiri oleh Pegawai Pilihan Raya Negeri dan semua Pegawai Ibu Pejabat. Dengan hashtag #salamraya2018, majlis disambut dalam  keadaan ceria dengan persembahan diiringi oleh band pemuzik jemputan. Turut diadakan hiasan gerai tercantik yang dimenangi oleh Bahagian Strategik yang menampilkan tema ‘Bola Raya’ bersempena kehangatan Piala Dunia 2018. Tempat kedua dimenangi oleh Bahagian Pejabat Setiausaha yang mengetengahkan tema moden Hari Raya yang menampilkan Laksa Johor sebagai menu utama. Menu jamuan kali ini sangat berbeza dan penuh warna warni antaranya, Soto, Laksa Sarawak, Ketupat, Lemang, Sate, Nasi Dagang, ais krim, rojak buah, cendol manakala menu istimewa adalah kambing bakar. Pemberian duit raya kepada anak-anak taska juga turut disampaikan oleh YBhg. Puan Seri Che Balkis Binti Hj Ismail, Isteri YBhg. Pengerusi SPR. Dalam majlis yang sama, telah diadakan acara menganyam ketupat yang telah dimenangi oleh Bahagian Strategik. Majlis jamuan SPR yang penuh warna warni berakhir jam 2.30 petang setelah selesai semua upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang.