Heading

  
  • Heading

                  

Lawatan Pengerusi Dan Ahli-Ahli SPR Ke Pusat Mengundi Awal PRK N.24 Semenyih

Heading

Heading

 

Kajang, 26 Februari 2019 – Seramai 858 orang daripada jumlah keseluruhan 951 orang pengundi awal bagi PRK N.24 Semenyih akan mengundi pada hari ini. Kesemua pengundi awal adalah merupakan anggota Polis dan akan mengundi di Pusat Mengundi di Dewan Serbaguna BN 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih ( 761 orang) dan Discress Room, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang (97 orang). Manakala sebahagian lagi iaitu 93 orang pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis akan mengundi secara pos.

Pusat Pengundian Awal dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Manakala bagi Pusat Mengundi di Discress Room, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang waktu pengundian ditutup pada jam 2.00 petang.

Yang Berusaha Encik Azhar Azizan Harun, Pengerusi SPR, Yang Berusaha Dr. Azmi Sharom, Timbalan Pengerusi SPR dan ahli-ahli SPR yang baharu dilantik turut serta untuk melihat proses mengundi awal bagi PRK N.24 Semenyih.

Turut hadir ialah Dato’ Mohamed Elias Bin Abu Bakar, Setiausaha SPR, Dato’ Mohd Sayuthi Bin Bakar, Pegawai Pengurus PRK N.24 Semenyih, Datuk Mazlan Mansor, Ketua Polis Selangor dan pegawai-pegawai kanan SPR semasa sesi lawatan dijalankan.

 

Disediakan Oleh :

Unit Komunikasi Korporat SPR