Heading

  
  • Heading

                  

Kunjungan Hormat Dato Setiausaha SPR, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya

Heading

Heading

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Setiausaha SPR, Dato’ Mohamed Elias Bin Abu Bakar hari ini melakukan satu kujungan hormat bersama pegawai-pegawai kanan SPR ke atas Ketua Pengarah, Jabatan Pendaftaran Negara, Dato’ Ruslin bin Jusoh di pejabatnya hari ini.

Pertemuan dua hala ini bertujuan membincangkan dan memperkukuhkan kerjasama strategik diantara dua agensi bagi pelaksanaan penurunan umur pengundi kepada 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik. Ini bersesuaian dengan keputusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang telah meluluskan Rang Undang-Undang berkaitan pindaan umur mengundi dan calon dari 21tahun kepada 18 tahun baru-baru ini.

Pertemuan ini juga menjadi platform SPR  menjalinkan kerjasama strategik disamping menyebar luas amalan baik secara berterusan kepada agensi kerajaan dan berkongsi pendapat dalam isu-isu perjalanan pilihan raya di Malaysia.