|
Pilihan Raya Kecil N.14 Manek Urai diadakan kematian penyandangnya
iaitu Y.B. Encik Ismail bin Yaacob pada 22 Mei 2009. Berikutan daripada
kematian wakil rakyat tersebut,
SPR yang mengadakan mesyuarat khasnya pada 28 Mei 2009 telah menetapkan
tarikh-tarikh pilihan raya seperti berikut :-
(i) Tarikh Kekosongan : 23 Mei 2009
(ii) Tarikh Writ dikeluarkan : 1 Jun 2009
(iii) Tarikh Pengeluaran Notis : 7 Jun 2009
(iv) Tarikh Penamaan Calon : 6 Julai 2009
(v) Tarikh Pengundian : 14 Julai 2009
Daftar Pemilih yang digunakan ialah daftar pemilih yang dikemaskini dan diwartakan semula pada 4 Jun 2009 yang mengandungi 12,293 orang pemilih, terdiri daripada 12,268 pemilih biasa dan 25 pemilih pos.
Penyata Pengundian Selepas
Penjumlahan Rasmi Undi (Borang 16) |