|
Pilihan Raya Kecil N.25 Bukit Selambau, Kedah diadakan berikutan
perletakan jawatan wakil rakyatnya iaitu Y.B Encik Arumugam a/l
Vengararaloo pada 8 Februari 2009. SPR yang mengadakan mesyuarat
khasnya pada 13 Februari 2009 telah menetapkan tarikh-tarikh pilihan
raya seperti berikut :-
(i) Tarikh Kekosongan : 8 Februari 2009
(ii) Tarikh Writ dikeluarkan : 16 Februari 2009
(iii) Tarikh Pengeluaran Notis : 17 Februari 2009
(iv) Tarikh Penamaan Calon : 29 Mac 2009
(v) Tarikh Pengundian : 7 April 2009
Daftar Pemilih yang digunakan ialah daftar pemilih
yang dikemaskini dan diwartakan semula pada 18 Februari 2009 yang
mengandungi 35140 orang pemilih, terdiri daripada 35125 pemilih
biasa dan 15 pemilih pos.
Penyata Pengundian Selepas
Penjumlahan Rasmi Undi (Borang 16) |