|
Pilihan Raya Kecil N.31 BAGAN PINANG diadakan berikutan Y.B. Azman bin Mohammad Noor pada 04 September 2009. Berikutan daripada
kematian wakil rakyat tersebut,
SPR yang mengadakan mesyuarat khasnya pada 14 September 2009 telah menetapkan
tarikh-tarikh pilihan raya seperti berikut :-
(i) Tarikh Kekosongan : 05 September 2009
(ii) Tarikh Writ dikeluarkan : 14 September 2009
(iii) Tarikh Pengeluaran Notis : 15 September 2009
(iv) Tarikh Penamaan Calon : 03 Oktober 2009
(v) Tarikh Pengundian : 11 Oktober 2009
SPR telah menentukan bahawa daftar pemilih yang akan
digunakan dalam Pilihan Raya Kecil N.31 Bagan Pinang, Negeri
Sembilan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2008 yang digabungkan
dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2009 dan
Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2009 yang telah
dikemas kini sehingga 04 September 2009. Daftar pemilih bagi Pilihan Raya Kecil N.31 Bagan Pinang, Negeri Sembilan
mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos.
Penyata
Pengundian Selepas Penjumlahan Rasmi Undi (Borang 16) |