| PENDAFTARAN PEMILIH |
| |
| |
| |
Mengikut Perkara
113 Perlembagaan Persekutuan, salah satu fungsi SPR adalah untuk
mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih supaya mereka
dapat menyertai proses memilih wakil untuk menyuarakan pendapat
mereka dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. |
| |
Urusan pendaftaran
ini telah dilaksanakan oleh SPR semenjak ia ditubuhkan tanpa gagal.
Urusan yang dahulunya dilakukan secara bermusim iaitu setahun sekali
selama antara 21 hingga 42 hari, kini dibuka setiap hari untuk sepanjang
tahun sejak 16 Julai 2002. |
| |
| 2. Kenapa Anda Perlu Mendaftar
? |
| |
Adalah menjadi
hak setiap warga negara yang layak untuk memilih kerajaan untuk
memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili
mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri. Sebelum
anda dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan
raya umum atau pilihan raya kecil, anda perlulah mendaftarkan nama
anda sebagai pemilih. Anda tidak boleh mengundi sekiranya nama anda
tidak disenaraikan dalam daftar pemilih. |
| |
| 3. Siapa Boleh Mendaftar ? |
| |
| Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar
sebagai pemilih adalah seperti yang berikut: |
| |
| (a) |
seorang warganegara
Malaysia; |
(b) |
telah mencapai umur 21 tahun; |
(c) |
bermastautin di bahagian pilihan
raya yang ingin didaftarkan; dan |
(d) |
tidak dihalang / hilang kelayakan
oleh undang-undang yang berkuat kuasa. |
|
| |
| 4. Jenis-Jenis Pendaftaran |
| |
| SPR menjalankan 2 jenis pendaftaran
pemilih iaitu: |
| |
| (a) |
Pendaftaran Baru: SPR
menerima permohonan warganegara yang memohon untuk mendaftar
sebagai pemilih buat pertama kali. |
(b) |
Pendaftaran
Tukar Alamat dan Pusat Mengundi: SPR juga menerima permohonan
pemilih berdaftar yang memohon untuk mendaftarkan alamat tempat
tinggalnya yang baru. Ia dikaitkan dengan pertukaran alamat
Pusat Mengundi kerana secara lazimnya, sekiranya seorang pemilih
berpindah ke tempat baru, maka, Pusat Mengundinya akan ditetapkan
mengikut pendaftaran alamat tempat barunya itu. |
|
| |
| 5. Jenis-Jenis Pemilih? |
| |
| Mengikut undang-undang pilihan raya,
SPR boleh mendaftarkan 2 jenis pemilih iaitu: |
| |
| (a) |
Pemilih Biasa: Pemilih
biasa adalah pemilih berdaftar yang perlu hadir untuk mengundi
di pusat-pusat mengundi semasa pilihan raya. |
(b) |
Pengundi Tidak
Hadir: Pengundi Tidak Hadir atau PTH adalah golongan pemilih
yang dinyatakan dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan
Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, iaitu, anggota tentera dan
pasangan, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar
negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar
sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang
menetap bersamanya. PTH ini dibenarkan mengundi secara pos. |
|
| |
| 6. Di Mana Tempat Untuk Mendaftar?
|
| |
|
Untuk Pemilih Biasa |
| |
Sekiranya anda
adalah warganegara yang telah layak tetapi belum mendaftar sebagai
pemilih atau seorang pemilih yang ingin mendaftarkan pertukaran
alamat pusat mengundi, anda boleh melakukannya di: |
| |
|
| |
Bagi warganegara
yang tidak layak mendaftar sebagai PTH, tetapi berada di luar Negara,
anda masih boleh mendaftar sebagai pemilih biasa melalui pejabat-pejabat
Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara. |
| |
|
Untuk Pemilih Tidak Hadir |
| |
| Sekiranya anda adalah tergolong dalam
golongan yang layak mendaftar sebagai PTH, ada boleh mendaftar di
tempat-tempat seperti yang berikut: |
| |
|
| |
| 7. Bagaimana Cara Untuk Mendaftar?
|
| |
| Untuk Pemilih Biasa |
| |
| Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa,
anda perlu: |
| |
| (a) |
datang sendiri ke
mana-mana pusat-pusat pendaftaran; |
(b) |
serahkan kad pengenalan anda kepada
petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda; |
(c) |
semak borang
pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan
semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana
dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;
|
(d) |
menurunkan tandatangan anda selepas
berpuas hati; dan |
(e) |
dapatkan salinan borang pendaftaran
dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang
tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan
nanti. |
|
| |
| Untuk Pengundi Tidak Hadir |
| |
|
Anggota Tentera |
| |
| Pendaftaran PTH dari kalangan ATM dilaksanakan
oleh pegawai-pegawai JRP-ATM. Untuk mendaftar sebagai PTH, anda perlu: |
| |
| (a) |
menghubungi
petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP;
|
(b) |
serahkan kad pengenalan tentera
anda dan MyKAD (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik
oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda. |
(c) |
apabila diserahkan kembali borang
yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang telah diisikan
dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum
menurunkan tandatangan; |
(d) |
turunkan tandatangan anda selepas
berpuas hati; dan; |
(e) |
dapatkan salinan borang pendaftaran
dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang
tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Pemilih Tambahan. |
|
| |
| Nota: |
| (a) |
Pusat Mengundi anggota
ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas
anggota ATM tersebut. |
(b) |
Hanya anggota
ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai
PTH. Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pemilih
biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman
pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan). |
|
| |
| Warganegara Malaysia yang Berada di
Luar Negara |
| |
Pendaftaran PTH
dari kalangan penjawat awam atau pelajar di luar Negara serta pasangan
mereka dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pejabat Pesuruhjaya
Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara. Untuk
mendaftar sebagai PTH (luar negara), anda perlu: |
| |
| (a) |
datang sendiri ke
pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia
di luar negara; |
(b) |
serahkan MyKad anda kepada petugas
yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran
anda; |
(c) |
nyatakan alamat tempat tinggal di
luar Negara anda, pekerjaan anda dan nombor siri borang A kepada
petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan
dengan borang pendaftaran anda. |
(d) |
semak borang pendaftaran yang telah
diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul,
sebelum menurunkan tandatangan; |
(e) |
turunkan tandatangan anda setelah
berpuas hati; dan |
(f) |
dapatkan salinan borang pendaftaran
dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang
tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan. |
|